Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Veganisme sentiasa kian meningkat. Di sini adalah beberapa berita yang memberangsangkan dari seluruh dunia yang menunjukkan trend vegan sekarang ialah arus perdana!Penyelidik ETH Zurich [Switzerland] telah membangunkan kaedah penstrukturan beku yang mengubah legum lengkap seperti pea, kacang dan lentil menjadi gel berserat seperti daging orang-haiwan dengan gunakan air, haba dan pembekuan. Teknik ini tidak memerlukan asingan protein, bahan tambah atau peralatan khas, berpotensi membolehkan pengeluar hasilkan makanan vegan yang kurang diperhalus sementara kekalkan lebih banyak khasiat (Vegconomist)Penyelidik di Universiti Leeds [UK] telah bangunkan suatu sistem AI [kecerdasan buatan] yang menapis berjuta-juta protein tumbuhan dan mengenal pasti hampir 800 yang berpotensi berfungsi sebagai pengemulsi semula jadi, bahan yang bantu minyak dan air kekal bercampur dalam produk seperti sos, aiskrim, krim dan losen vegan. Alat ini gabungkan pembelajaran mesin dengan fizik statistik untuk meramalkan protein mana boleh gantikan sesetengah pengemulsi yang diperoleh daripada orang-haiwan atau sintetik, berpotensi untuk kurangkan pengujian cuba-cuba sebanyak bertahun-tahun (Phys.org)Suatu kajian baharu menunjukkan lingkungan sosial banyak mempengaruhi kejayaan diet, mendapati bahawa komuniti yang menyokong, penyertaan jangka panjang dan hidup tanpa pemakan daging orang-haiwan membantu individu mengekalkan tabiat bebas daging orang-haiwan dengan lebih berkesan (Plant Based News)Suatu analisis ProVeg Netherlands mendapati bakul runcit di Belanda secara purata berharga kurang 18% apabila menukar daging orang-haiwan dan hasil tenusu seperti daging kisar, burger, mentega, susu, yogurt dan keju kepada yang vegan dengan pembeli Belanda jimatkan sebanyak 30% di satu rantaian pasar raya yang utama (Plant Based News)Bobak Bakhtiari (vegan), pengasas Hangry Planet, kedai stesen minyak vegan sepenuh yang pertama di California [Amerika], menjual seluruh perniagaannya termasuk pam minyak dan hartanah dengan harga AS$12 juta selepas berjaya mengubah tempat itu menjadi destinasi vegan yang berprestasi tinggi (Vegconomist)Persatuan Vegetarian UK memperoleh pendaftaran tanda dagangan Kesatuan Eropah untuk pensijilan vegan dan vegetarian terkininya sementara melancarkan logo ‘Berasaskan Tumbuhan’ baharu bagi mengembangkan ketelusan di pasaran global (Grocery Trader)Syarikat perisikan pasaran Business Research Company menyatakan bahawa pasaran bahan farmaseutikal aktif berasaskan tumbuhan sedang menuju ke arah penilaian AS$44 bilion menjelang 2030, terdorong oleh pembuat ubat yang mengejar penyumberan lestari, teknik pengekstrakan yang canggih dan alternatif beretika seperti squalene yang diperoleh daripada bayam (Business Research Company)Gergasi runcit UK, Frasers Group melarang kulit eksotik orang-haiwan liar bagi semua jenamanya, menyertai peneraju fesyen mewah untuk mempercepat peralihan industri global kepada alternatif kulit vegan lestari (PETA UK)Pengilang Perancis, Seppic memperkenalkan Sepilife Neos, sejenis polimer squalane vegan terpaten yang gantikan minyak hati orang-jerung bagi menawarkan penyelesaian pemformulaan lestari bebas mikroplastik untuk jenama kecantikan yang bersih (Personal Care Insights)Jenama penjagaan kulit Korea Selatan, Wonderbalm bekerjasama dengan Gebr. Heinemann di Jerman, mengembangkan keluaran penjagaan kulit vegan pelbagai guna ke dalam jualan runcit pelancongan global bagi memenuhi permintaan kecantikan antarabangsa yang kian meningkat (TR Business)Senarai berterusan… Untuk butiran lanjut dan muat turun percuma, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/veg-trend-news











