Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Veganisme sentiasa kian meningkat. Di sini adalah beberapa berita yang memberangsangkan dari seluruh dunia yang menunjukkan trend vegan sekarang ialah arus perdana!Diet vegan meningkatkan daya tarikan. Suatu kajian semula baharu dalam jurnal Recent Progress in Nutrition mendapati bahawa mengelakkan daging orang-haiwan mengurangkan bau peluh manakala buah-buahan dan sayuran memperbaik warna kulit melalui karotenoid, karbohidrat kompleks yang memperlahankan penuaan, dan diet ini menyokong berat badan yg sihat—semuanya dikaitkan dengan daya tarikan yang lebih tinggi (Jawatankuasa Doktor untuk Perubatan Bertanggungjawab)Pesta muzik dan acara langsung semakin meningkatkan usaha kelestariannya, menurut analisis baharu oleh A Greener Future [UK]. Kajian terhadap 24 pesta di 12 buah negara di Eropah, Asia dan Amerika menonjolkan kemajuan yang besar dalam dasar makanan dan minuman lestari dengan 94% daripada acara mengekalkan komitmen rasmi dalam bidang ini. Masakan vegan dan vegetarian membentuk secara purata 53% daripada jumlah makanan yang dihidangkan dan 17% daripada pesta beroperasi dengan menu vegetarian atau vegan sepenuhnya. Kelebihan tambahan termasuk kadar cawan boleh guna semula yg tinggi, larangan terhadap plastik sekali guna, penggunaan tenaga boleh dibaharui, kitar semula yang diperbaik dan pasukan kelestarian yang berdedikasi dalam setiap acara (Sustainability Online)Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah memutuskan bahawa Switzerland melanggar hak asasi banduan vegan dengan tidak sediakan hidangan vegan, menetapkan veganisme beretika sebagai suatu kepercayaan yg dilindungi di bawah undang-undang hak asasi manusia Eropah (Plant Based News)Badan bukan untung UK Veg.ac dan OneFork.org kembangkan pendidikan vegan ke seluruh dunia. Yang pertama itu menawarkan sumber dalam talian berbilang bahasa yang boleh didapati oleh audiens antarabangsa, manakala yang kedua itu berikan maklumat kepada audiens yang luas, meliputi topik seperti kebajikan orang-haiwan, kesihatan manusia dan sistem makanan (AB Newswire)Diet vegan selama sebulan secara positif mengubah pola metilasi DNA yang dikaitkan dengan penuaan biologi yg lebih rendah, keradangan yang kurang dan pengawalaturan imun yang lebih baik, menurut penyelidik daripada Universiti California, San Diego [AS] dan Universiti Freiburg [Jerman]. Peserta kajian juga menunjukkan perubahan molekul dalam metabolisme dan pembaikan DNA. Ahli sains menyatakan bahawa penemuan jangka pendek menunjukkan diet ini segera mempengaruhi proses biologi berkaitan kesihatan walaupun impak jangka panjang masih belum terbukti (UCSD)Suatu kajian berbilang universiti mendapati bahawa atlet kolej rekreasi mengekalkan daya tahan dan kekuatan selepas beralih kepada sebahagian besarnya diet vegan daripada diet omnivor, menyokong kebolehjayaan pemakanan vegan untuk prestasi atlet (EurekAlert)Bekalan seni vegan membolehkan artis mengelakkan bahan-bahan orang-haiwan tersembunyi seperti karmin, syelek, lilin lebah dan bulu individu-haiwan tanpa mengorbankan kualitinya. Pembeli boleh memilih jenama bebas kekejaman seperti Derwent [pensel arang], Elmer’s [batang perekat] dan Azafran [krayon organik]. Pakar menasihatkan pemeriksaan label produk dengan teliti, menyatakan bahawa pigmen seperti hitam gading dan PBk9 selalunya diperoleh daripada tulang orang-haiwan (VegNews)Sepucuk surat penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal JAMA Network Open mengaitkan diet vegan rendah lemak dengan penurunan berat badan yang lebih besar tanpa sekatan kalori yang disengajakan. Menganalisis 244 orang dewasa yang berat badan berlebihan selama 16 minggu, penyelidik tunjukkan pemakanan vegan menurunkan ketumpatan tenaga diet sebanyak 30%, membuat orang kenyang dengan kalori yang kurang. Oleh itu, penyelidik menasihati klinisian supaya galakkan pesakit memakan secara berbeza dan bukan hanya kurang (MedPage Today)Diet vegan bekalkan zat besi yang penting melalui legum, produk soya, kekeras, biji-bijian, sayuran berdaun gelap dan banyak lagi sementara gabungkan sumber zat besi vegan ini dengan vitamin C mengoptimumkan penyerapan badan (VegNews)Suatu kertas kerja baharu oleh penyelidik Universiti Cambridge [UK], Chris Macdonald meletakkan tauhu sebagai sumber protein keseluruhan yang terbaik dalam kalangan 20 makanan, mengatasi salmon, telur dan daging lembu Sistem pemarkahan BPI [Indeks Protein Terbaik] yang baharu pertimbangkan khasiat, kemampuan, kebolehdapatan dan impak alam sekitar. Tauhu menerima skor alam sekitar tertinggi, memerlukan kira-kira 0.61 kilogram pelepasan CO2 dan 2.16 meter persegi tanah per 100 gram protein, berbanding dengan 64.19 kilogram CO2 dan 211.38 meter persegi tanah bagi daging lembu. Makanan tumbuhan mendominasi keseluruhan 20% tertinggi manakala lentil ialah sumber protein yang paling murah berdasarkan kos per 100 gram protein (VietnamNet)Senarai berterusan… Untuk butiran lanjut dan muat turun percuma, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/veg-trend-news











