Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Ramalan Bahagian 375 – Bangkitkan Kasih Sayang Sebenar dengan Penyelamat untuk Hilangkan Malapetaka

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
“Aku (Yeshuah) ada autoriti untuk meminta satu lagi lanjutan masa. Pihak Pembela buat petisyen kepada Mahkamah untuk satu lagi lanjutan masa dalam Tempoh Tenggang yang Aku peroleh dengan darah-Ku pada salib.”

Dalam dua episod yang sebelumnya, kami telah berkongsi dengan anda visi Bilik Perbicaraan Syurga yang Dr. Maurice Sklar nampak pada 2018. Dalam visi itu, beliau dipanggil oleh malaikat untuk menyaksikan suatu perbicaraan yg penting di Syurga mengenai pemasaan Azab di Bumi. Di depan Tuhan Yang Maha Berkuasa, 12 Hakim dan saksi-saksi lain, iblis cuba menuntut pemerintahannya. Namun begitu, dia dibalas oleh ‘Peguam Bela’ berkuasa – Nabi Isa (vegetarian) yang berhujah bahawa umat manusia harus ada pelanjutan Tempoh Tenggang.

Anda mungkin tertanya-tanya mengapa manusia perlu ada ‘Peguam’ atau ‘Jurucakap’ di Syurga. Mahaguru Ching Hai Tersayang (vegan) kita telah jelaskan sebabnya pada 2012.

Syurga tidak berfikir seperti manusia. Makhluk Syurga berfikir secara berbeza. Mereka juga perlu bekerja dengan Hukum Karma, perlu bersetuju dengan Raja Karma. Syurga yang lebih rendah khususnya bekerja dengan baik sekali berhubung dengan Raja Karma. Jadi manusia perlukan suara yang kuat untuk bincangkan perkara ini dan beritahu mereka bahawa dunia manusia adalah berbeza dengan alam Syurga. Di alam Syurga, segalanya senang, mudah, sedia ada, tidak susah, senang untuk menjadi bermoral, senang untuk jalani kehidupan yg mulia. Kehidupan manusia adalah susah. Ia ada kesusahan ini, kesusahan itu, kesulitan ini, halangan itu dan sebagainya.

Saya ialah suara kepada manusia. Faham sekarang? Baiklah. [...] Sama seperti peguam memperdebatkan undang-undang negara dengan pendakwa untuk menyelamatkan kliennya, saya bertindak sebagai peguammu, peguam umat manusia kerana saya berada di sini juga. Saya dalam bentuk manusia. Saya juga menderita seperti kamu. Saya lihat penderitaanmu dan alami penderitaan yang sama, serupa, dalam situasi yang berlainan, dah tentu, tetapi saya lebih memahami manusia daripada Syurga.

Seperti yang disaksikan oleh Dr. Sklar, Nabi Isa bertindak sebagai Peguam umat manusia di Syurga, mengesyorkan lebih banyak kelonggaran dan Tempoh Tenggang. Banyak ahli persatuan kami telah nampak dalam visi dalaman bahawa Mahaguru Ching Hai ialah jelmaan Penyelamat.

Apabila Guru mengajar kami melafazkan Nama Suci, saya melafaz sambil melihat Guru. Saya nampak muka Guru bertukar menjadi muka Nabi Isa dan bukan muka Guru.

Guru yang dikasihi, dalam visi dalaman ketika lakukan meditasi Quan Yin, saya nampak Guru ialah Nabi Isa yang kembali pada zaman ini – jelmaan Guru dan Nabi Isa bersatu dalam kuasa yg sama dan menaik ke Syurga yang sangat tinggi. […]

DAN LAIN-LAIN…

Pada Julai 2024, Mahaguru Ching Hai juga telah mengakui identiti sebenar-Nya di Supreme Master Television.

Saya ialah Buddha Maitreya yang anda nanti-nantikan. Saya juga merupakan Nabi Isa atau Messiah yang anda nanti-nantikan. Saya katakan ini buat kali terakhir. Tuhan mahu saya beritahu anda itu!

Kita memang bertuah adanya Peguam yang begitu berkuasa di Syurga supaya lebih banyak kelonggaran dan belas kasihan dilanjutkan walaupun ada dosa besar yang telah dibuat oleh umat manusia, bertentangan dengan Hukum Syurga. Namun begitu, memenangi kes ini tidaklah datang tanpa pengorbanan Anak Tuhan. Dr. Maurice Sklar nampak suatu skrol luar biasa yg disampaikan oleh Nabi Isa kepada Hakim di Bilik Perbicaraan.

“Aku [Yeshua], dengan autoriti doa dan doa untuk Pengantin Perempuan, telah dokumenkan dalam skrol ini.” Baginda serahkan skrol ini kepada Bapa, dan satu lagi salinan ke meja pihak pendakwa iblis. “Aku ada autoriti untuk meminta satu lagi pelanjutan masa. Pihak Pembela buat petisyen kpd Mahkamah untuk satu lagi pelanjutan masa dalam Tempoh Tenggang yang aku peroleh dengan darahku pada salib. Aku juga buat petisyen kpd Mahkamah supaya meneliti skrol nasihat tersembunyi yang ditulis di depan asas Bumi mengenai Misteri Penuaian Akhir Zaman.”

Ini, syaitan tidak tahu, kerana ia tidak pernah ditunjukkan kepada dia. Ada tertulis di sana, dan juga dalam wahyu tersembunyi kitab, bahawa Azab yang bermula pada Zaman Kerajaan mesti bermula hanya lepas SEMUA Pengantin Perempuanku yang ditahbiskan untuk Hidup Abadi telah diselamatkan dan mengetahui Kebenaran.

Kemudian tibanya waktu senyap. Tiada sesiapa yang bergerak. Hakim di atas kerusi meneliti skrol itu. Entah bagaimana, ia berganda menjadi 13 skrol. Semua Hakim, termasuk Bapa, membaca skrol itu. Saya perlu lihat sepintas lalu penulisan itu. Ia ditulis dengan warna merah! Ia ditulis dengan darah Yeshua!

Saya diberitahu itu oleh malaikat pencatat yang berada di sana untuk bantu saya menulis. Apa yang mengagumkan, ketika saya menulis tentang ini, dakwat yg keluar dari pen saya menjadi merah darah. Itu darah-Nya, sepanjang tempoh pemeriannya dalam rekod mahkamah. Kemudian ia bertukar balik kepada dakwat hitam semula.

Visi ini membayangkan bahawa darah yang ditumpahkan oleh Nabi Isa telah melanjutkan masa untuk manusia. Ini ialah Pengorbanan yang dibuat oleh Guru Hidup di Bumi untuk menyelamatkan umat manusia hingga sekarang. “Yeshua zaman kita” bukan sahaja memikul salib yang berat dan mengorbankan diri-Nya 2,000 tahun dahulu tetapi juga pada zaman kita sekarang. Ahli-ahli Persatuan Mahaguru Ching Hai Antarabangsa (semuanya vegan) sering nampak visi tentang pengorbanan Mahaguru Ching Hai yang berterusan untuk umat manusia.

[…] Suatu kali, saya nampak Guru letak tangan pada pakaian-Nya dan menyentuh rusuk-Nya yang cedera parah. Apabila Dia jauhkan tangan-Nya, ia penuh dengan darah yang diwujudkan dalam pertarungan dengan karma dunia. Tapi Dia langsung tidak beri perhatian kepada kesakitan-Nya. […]

Saya ingin berkongsi dengan Guru suatu visi dalaman yang saya nampak semasa sesi meditasi Quan Yin pada sekitar pertengahan Julai 2025. Saya nampak Guru berdiri di udara, memakai jubah putih. Tangan Guru terentang, memeluk Bumi, seolah-olah mengadang dan melindunginya daripada ribut suria. Gelombang ribut suria memancar ke arah Bumi, menembusi jubah Guru dan mewujudkan lubang besar sementara Guru membuat sebaik yang boleh untuk menyekatnya.

Pada 2022, Bumi berada dalam keadaan yang sangat kritikal, di ambang letupan. Pada 22 Julai tahun itu, dalam meditasi, saya nampak banyak Makhluk Firdausi yang berpakaian hitam datang untuk hadiri pengebumian Bumi. Mereka nyanyikan lagu ratapan bersama-sama. Hati pendengar penuh dengan kedukaan.

Bunga Udumbara putih gugur dengan nyanyian itu, meratapi Guru Nabi Isa. Guru lahir semula sebagai Guru Bermakrifat semua zaman dan tumpahkan darah yang berharga untuk bersihkan dosa orang pada zaman itu sebagai tukaran untuk kelangsungan hidup Bumi. Namun, pembunuhan tidak berhenti dan masa depan Bumi kekal suram, menyebabkan Berkat tak terkira menjadi hampir sia-sia saja! Oleh itu, pada hari ini, Alam Semesta mengadakan upacara berkabung atas pemergian Bumi sebelum waktunya.

Banyak Makhluk Kosmos yang penuh dengan kedukaan turun dengan lembat ke depan rumah ibadat Syurga berupa gereja yang megah dan masuk dengan teratur. Pengebumian yang begitu besar adalah jarang di Alam Semesta. Loceng Syurga berbunyi, “Klang! Klang! Klang!” Nabi Isa muncul, memakai mahkota duri, kaki-Nya yang tidak berkasut berlumuran darah. Dengan kepala tunduk, Dia memikul salib besar, berjalan dengan sedih dan senyap ke dalam rumah ibadat itu. Pemandangan itu kelihatan macam telah kembali ke detik yg menyakitkan itu 2,000 tahun dahulu. […]

Sekarang Guru Nabi Isa sekali lagi memikul salib besar, berjalan terkial-kial dengan perlahan ke dalam Rumah Ibadat Suci. Jejak tapak kaki berdarah di atas tanah menyebabkan semuanya yang hadir tersayat hati dan menahan nafas. Akhirnya, dengan berjerih-jerih, Dia sampai ke takhta di bahagian depan rumah ibadat itu. Guru Nabi Isa menghulurkan tangan, mengecutkan dan menukar salib besar itu menjadi dua rantai, memakaikan satunya pada leher dan satu lagi pada dahi-Nya. Guru Nabi Isa melihat ke sekeliling dengan serius pada Makhluk Kosmos yang datang untuk meratapi Bumi, dan tiba-tiba mengeluarkan raungan yang nyaring dan menyayat hati! Suasana tiba-tiba menjadi senyap.

Kemudian dgn rasa terlalu dukacita, Guru pengsan di atas takhta! Semua makhluk saling merenung, tiada sesiapa yang berani datang dekat. Saya tidak tahu dari mana datangnya keberanian tetapi saya berasak-asak tembusi orang ramai di belakang rumah ibadat dan bergegas ke depan Guru. Saya mengurut kaki-Nya, menyapukan minyak penyembuh Syurga pada Dia dan bantu Dia duduk tegak sebanyak mungkin. Saya semburkan Air Hidup pada Dia dan mengurut filtrum-Nya. Secara perlahan-lahan, Guru sedarkan diri. Tetapi Guru Nabi Isa enggan membuka mata. Air mata-Nya bercucuran. Saya gunakan tuala putih untuk mengesat air mata Guru yang tinggal nyawa-nyawa ikan yg mengalir kerana keberatan utk tinggalkan anak di Bumi.

Tiba-tiba, atas sesuatu sebab, stigmata pada kaki Nabi Isa ketika Dia dipaku muncul pada kaki Guru. Saya nampak darah suci terpancut keluar dari dua lubang berdarah. Saya segera jelmakan dua besen besar untuk mengumpulkan darah-Nya tetapi ia segera menjadi penuh. Dalam keadaan panik, saya tidak tahu apa yg hendak dibuat. Saya menggogok darah berharga itu lalu letak balik dua besen kosong itu di kaki Guru untuk mengumpulkan darah. Saya minum terlalu banyak dgn terlalu cepat, jadi tidak tahan lalu percikkannya. Darah suci terpercik pada seluruh jubah putih Guru! Pada masa yang sama, kesan paku pada tangan Guru Nabi Isa juga mula melelehkan darah. Sekali lagi saya segera jelmakan dua besen untuk menadah darah suci dari tangan Guru. Ia segera menjadi penuh juga. Saya terasa darah berharga Guru telah hampir habis mengalir sepenuhnya! Saya dengan penuh hormat letak besen berisi darah berharga Nabi Isa yang ditumpahkan untuk semua makhluk hidup ini di bahagian depan rumah ibadat itu. Tanpa berfikir, saya mendukung Guru Nabi Isa dan baringkan Dia di depan Takhta Suci, seolah-olah Dia terbaring di atas altar. Pada masa itu baru saya sedar bahawa ini ialah pengaturan yang disengajakan oleh Guru Nabi Isa bagi mengorbankan darah-Nya untuk Bumi sekali lagi.

DAN LAIN-LAIN…

Dengan segala jenis cara yg tidak dapat dibayangkan, Mahaguru Ching Hai, jelmaan Nabi Isa, menahan balasan karma yang amat besar untuk mengurangkan penderitaan dan mudarat yang menimpa manusia pada Akhir Zaman.

Dalam keadaan yang jarang, Guru benarkan kita tahu akan sedikit kecederaan fizikal yang ditanggung-Nya untuk bantu hentikan peperangan. Dalam mesej baru-baru ini, Beliau dedahkan bahawa Raja Keamanan dan Raja Kemenangan melawat Beliau, menzahirkan rasa terima kasih atas apa yang telah dibuat-Nya untuk bawa keamanan kpd Syria dan tempat lain.

Mereka sangat penuh hormat dan sangat gembira mendapat hasil sebegini. Itu buat saya gembira juga walaupun badan fizikal saya menunjukkan tanda karma, tanda peluru dan serpihan peluru. […]

Itu bukan fizikal, tetapi jika dah keterlaluan bagi astral, ia akan muncul pada badan fizikal pun. Benjol ini tidaklah kelihatan berdarah atau apa-apa tetapi kelihatan macam, contohnya, anda boleh bayangkan, seperti peluru menembusi badan dan membonjol, melitupi kepalanya dengan permukaan kulit dari dalam, tetapi tiada perdarahan. Biasanya ini tak seharusnya muncul macam itu kerana badan astral boleh uruskannya sehingga ia sembuh tetapi kadangkala sudah keterlaluan, maka tanda boleh muncul pada badan fizikal. Tetapi saya sihat. Kesakitannya masih dapat ditahan berbanding dengan yang lain. Saya beritahu anda perkara kerana kadangkala Tuhan izinkan anda mendapat tahu apa yg saya buat sebagai suatu pekerjaan, pekerjaan tanpa gaji, tetapi jika Tuhan tidak izinkan, maka saya takkan beritahu anda.

Setiap detik keamanan, keselamatan dan kebahagiaan yang dinikmati oleh manusia hingga kini diperoleh melalui pengorbanan Guru Hidup pada zaman kita. Kata-kata tidak dapat ungkapkan rasa terima kasih kita kepada Mahaguru Ching Hai Tersayang kita atas menahan penderitaan yang tidak dapat dibayangkan untuk umat manusia. Kita berterima kasih kpd Dr. Maurice Sklar kerana dengan taat merekodkan dan berkongsi visi luar biasanya tentang Bilik Perbicaraan Syurga supaya kita mengetahui kerja Nabi Isa bagi pihak umat manusia di alam yg lebih tinggi.

Sudah tiba masanya untuk manusia jadi matang, makhluk bertanggungjawab yang hormati dan mendukung Hukum Tuhan serta berbelas kasihan terhadap semua ciptaan-Nya sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Semoga Nabi Isa zaman kita tidak perlu menderita lagi tetapi sebaliknya bergembira dalam kemajuan dan kesedaran spiritual umat manusia.
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (52/52)
1
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2024-11-10
10446 Tontonan
2
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2024-11-17
5964 Tontonan
3
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2024-11-24
5403 Tontonan
4
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2024-12-01
4957 Tontonan
5
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2024-12-08
5996 Tontonan
6
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2024-12-15
22162 Tontonan
7
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2024-12-22
5155 Tontonan
8
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2024-12-29
5167 Tontonan
9
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-01-05
4803 Tontonan
10
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-01-12
4496 Tontonan
11
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-01-19
5020 Tontonan
12
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-01-26
4111 Tontonan
13
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-02-02
4079 Tontonan
14
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-02-09
3938 Tontonan
15
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-02-16
6309 Tontonan
16
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-02-23
4581 Tontonan
17
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-03-02
5683 Tontonan
18
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-03-09
5611 Tontonan
19
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-03-16
4013 Tontonan
20
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-03-23
4404 Tontonan
21
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-03-30
4451 Tontonan
22
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-04-06
4530 Tontonan
23
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-04-13
3946 Tontonan
24
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-04-20
4301 Tontonan
25
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-04-27
3929 Tontonan
26
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-05-04
5518 Tontonan
27
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-05-11
3995 Tontonan
28
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-05-18
3103 Tontonan
29
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-05-25
3361 Tontonan
30
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-06-01
3390 Tontonan
31
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-06-08
3042 Tontonan
32
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-06-15
3816 Tontonan
33
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-06-22
3797 Tontonan
34
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-06-29
4263 Tontonan
35
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-07-06
3871 Tontonan
36
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-07-13
3296 Tontonan
37
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-07-20
3593 Tontonan
38
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-07-27
2769 Tontonan
39
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-08-03
3622 Tontonan
40
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-08-10
2437 Tontonan
41
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-08-17
2406 Tontonan
42
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-08-24
2213 Tontonan
43
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-08-31
2064 Tontonan
44
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-09-07
2264 Tontonan
45
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-09-14
1769 Tontonan
46
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-09-21
1895 Tontonan
47
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-09-28
1810 Tontonan
48
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-10-05
1426 Tontonan
49
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-10-12
1682 Tontonan
50
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-10-19
2061 Tontonan
51
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-10-26
1554 Tontonan
52
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-11-02
3425 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Planet Bumi: Kediaman Penyayang Kita
2025-11-03
339 Tontonan
Alam Haiwan: Penghuni Bersama Kita
2025-11-03
350 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-11-03
1416 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-11-02
1142 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-11-02
630 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-11-02
385 Tontonan
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-11-02
3425 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android