Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Adakah Tuhan Benar-benar Biarkan Peperangan Berlaku dan Mengapa Keamanan Ambil Masa Begitu Lama?, Bahagian 1 daripada 4

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hai, semua! Kasih sayang kepada anda dengan Rahmat Tuhan, semua orang baik, roh baik dan Makhluk Syurga yang lain di dunia ini – sebut secara sampingan, kerana anda berada di sana. Saya hanya nak melaporkan sesuatu kepada penonton kami terutama anak murid Tuhan saya sendiri. Berkenaan dengan keamanan dunia, hanya keamanan dunia saja – belum kata lagi vegan sedunia – banyak orang menyalahkan Yang Terhormat Presiden Trump kerana menangguhkan rundingan damai dengan Rusia, maksud saya dgn pihak berkuasa Rusia. Rakyat Rusia tiada kena-mengena dengan ini. Mereka tidak mahukan peperangan. Peperangan tiada apa-apa yg baik untuk mereka. Perniagaan dan segala-galanya habis begitu saja sejak peperangan bermula. Syarikat besar, pelabur besar, semuanya berundur dari Rusia dan pergi ke tempat lain untuk lebih banyak mengembangkan ekonomi negara lain. Ini sangat menyedihkan bagi rakyat Rusia. Saya rasa sangat bersimpati dgn orang Rusia kerana mrk tidak mahukan peperangan. Jadi hanya sebilangan pemimpin tertinggi Rusia yang mulakan dan teruskan peperangan. Tidak kira berapa banyak usaha pemimpin lain cuba bentangkannya kepada pemimpin Rusia, keamanan masih belum wujud.

Tetapi anda tak harus menyalahkan Presiden Trump. Menjadi Presiden Amerika Syarikat ialah pekerjaan paling susah yang boleh anda meminta diri untuk bertanggungjawab. Mana-mana presiden yang lain hadapi banyak kesusahan dan masalah juga tetapi kurang membebankan daripada Presiden Amerika Syarikat. Beliau, Presiden, kakitangan, pekerja, pembantu, penasihat-Nya dan sebagainya telah mencuba dan masih mencuba bersungguh-sungguh utk bawa keamanan ke dunia melalui Ukraine (Ureign). Rakyat Ukraine (Ureign) tiada kena-mengena dengan penangguhan ini dan peperangan daripada Rusia. Mereka tak pernah mahukan ini. Mereka orang yang damai. Mereka menjaga hal sendiri dan kebanyakannya mengusahakan ladang untuk beri makan kepada orang sendiri dan berkongsi dengan dunia kerajinan dan keghairahan mereka dalam kerja pertanian harian. Mereka tak pernah berfikir nak pergi menembak atau membunuh sesiapa pun. Jadi jangan menyalahkan rakyat Rusia, jangan menyalahkan rakyat Ureign (Ukraine). Nama mereka ialah Ukraine. Saya ubahnya kepada Ureign. Itu kedengaran lebih baik, macam mereka boleh memerintah negara sendiri – tidak perlukan orang lain datang membunuh orang mereka, mencuri barang mereka dan sebagainya atas apa-apa sebab pun atau langsung tiada sebab.

Sekarang, dah tentu, apalagi sesiapa harus menyalahkan Presiden Trump. Beliau ialah presiden paling cekap, rajin yang saya rasa saya tahu. Saya tak tahu akan banyak presiden tetapi kita baca segala laporan dalam berita, nampaknya Beliau presiden yang paling rajin. Okey, mungkin Beliau seorang presiden yang rajin, presiden yang sangat rajin, sekurang-kurangnya salah satu daripada presiden yang paling rajin, tekun dan menyayangi rakyat-Nya. Beliau mencuba lebih drpd yang terbaik. Jadi saya juga berterima kasih kpd Beliau, Presiden Trump, kerana cuba bersungguh-sungguh dan memikul begitu banyak kerja yang membebankan untuk rakyat Amerika dan orang di negara yang dalam kesusahan, bergolak sekarang seperti rakyat Ureign (Ukraine) dan Rusia. Rakyat kedua-dua buah negara ini banyak menderita. Tak seharusnya macam ini, langsung tak seharusnya macam itu kerana saya memang suka akan orang Rusia – sangat suka berterus terang. Mereka hanya menjaga hal sendiri. Tak apa.

Kita tak boleh menyalahkan mana-mana pemimpin sebenarnya. Saya dah beritahu kamu, itu karma. Itu cara kita mengendalikan hal dunia kita dengan tak begitu baik, kita semua, warga dunia ini. Banyak negara termasuk Amerika Syarikat, yang paling banyak, benar-benar cuba bersungguh-sungguh untuk bawa keamanan kepada Ukraine, atau Ureign, dan mendamaikan kedua-dua buah negara itu, Rusia dan Ukraine (Ureign) tetapi nampaknya ia tak berjalan dengan begitu pantas sebagaimana yg kita mahukan, tak kelihatan macam terjamin bahawa ia akan diterima pun – penyelesaiannya, perjanjian antara dua buah negara itu. Jadi seluruh dunia sangat kecewa kerana peperangan pengaruhi segala-galanya, bukan hanya Rusia, bukan hanya Ukraine (Ureign). Ekonomi, kemudahan, keselamatan, segala-galanya yang ingin dimiliki oleh bangsa manusia nampaknya semakin merosot, lebih drpd sebelum peperangan, dah tentu.

Negara-negara kita tak sentiasanya sempurna sebagaimana yg kita mahukan disebabkan oleh karma pembunuhan. Saya dah beritahu anda – membunuh orang-haiwan yang tidak berdosa, suci, membunuh bayi dan sebagainya. Sekarang, siapa yang nak dipersalahkan? Di dunia ini, kita ada banyak orang, banyak kumpulan, banyak pertubuhan, banyak negara, banyak sistem politik. Tetapi selain itu, di sebalik semua itu, kita ada sistem lain. Sesetengahnya ialah sistem selari yang juga berikan kesan yang sangat besar kepada sistem dan kesejahteraan dunia kita. Tetapi masalahnya, kerana kita sendiri, manusia di dunia ini, tidak cuba dengan cukup bersungguh-sungguh untuk menjaga keharmonian dunia ini dengan tidak berbelas kasihan, dengan tidak menjadi manusia sejati, manusia berperikemanusiaan yang sepatutnya.

Kami, Pasukan Syurga, dah tentu, termasuk saya sendiri, juga bekerja bersama-sama dan di atasnya, bukan hanya bersama-sama tetapi di atas sistem dunia ini – cuba memperbaiknya, cuba membantu, bukan sahaja bantuan spiritual malah politik. Kerana kami, Makhluk Syurga, tak boleh berpeluk tubuh saja dan lihat bagaimana manusia perlu menderita dalam tangan manusia yang lebih rendah atau langsung bukan manusia pun yang cuba bersungguh-sungguh untuk mempengaruhi banyak pemimpin tertinggi di dunia supaya tidak sehaluan bersama, tidak damai bersama. Mereka cuba bersungguh-sungguh untuk timbulkan huru-hara di dunia ini. Itu bagaimana Maya berfungsi. Itu bagaimana kuasa ilusi berfungsi – kita kata kuasa negatif. Itu apa yang dilakukan oleh mereka. Mereka nikmati situasi huru-hara yang dibuat untuk orang yg tak berdaya.

Pemimpin dunia pun, banyak daripada mereka tak berdaya juga kerana tiada kuasa yang mencukupi untuk menentang sistem syaitan ini. Mereka memang ada. Mereka ada kuasa yang amat besar. Mereka ada Kuasa Tuhan, Berkat Tuhan, Rahmat Tuhan, Sifat Tuhan di dalam diri mereka tetapi semuanya tertutup kerana mereka tak tahu bagaimana bukanya atau mereka tak percaya bahawa benda sebegini wujud. Mereka tak tahu bagaimana menggunakannya. Jadi segalanya perlu seperti alat tawar-menawar, dengan keganasan, dgn membuat kacau, dengan strategi untuk memenangi pihak lawan atau untuk menakluki negara yang lebih lemah dan sebagainya. Sayangnya kerana semua manusia ada Kuasa Tuhan yang dorman di dalam diri mereka. Hanya melalui evolusi yang lebih tinggi, makrifat yang lebih tinggi, tumpuan yang lebih tinggi di dalam – kononnya entiti di dalam diri manusia – baru dapat manusia memahami cara menangani sebarang situasi, cara benar-benar saling menghargai sebagai entiti yang suci, cara berdamai, menjaga keamanan dan membantu meningkatkan status sesama orang di Alam Semesta, cara menyedari bhw semuanya berhubungan.

Saya hanya bercakap tentang manusia tetapi kita juga berhubungan dengan orang-haiwan dan makhluk lain yang mata manusia tak dapat lihat. Sangat sukar nak jelaskan perkara abstrak ini. Hanya apabila anda benar-benar bermakrifat baru dapat anda lihatnya dengan Mata dalaman sendiri, iaitu Mata sebenar. Benda yang kita dengar daripada telinga dan benda yang dapat kita lihat daripada mata di dalam badan fizikal kita ini bukanlah benda sebenar. Hanya apabila anda lihat dengan Mata sebenar, kita panggilnya Mata Kebijaksanaan atau Mata Ketiga, hanya apabila kita dengar dengan Telinga sebenar yang tidak perlukan telinga fizikal ini untuk mendengar benda sebenar baru dapat kita lihat dunia sebenar, mengenal dunia sebenar. Sebab itulah sejak zaman dahulu lagi, orang pergi cari Guru bermakrifat, Guru berkebolehan yang dapat menunjukkan jalan kepada mereka – bagaimana berhubung dgn dunia sebenar.

Sekarang, Pasukan Syurga, dah tentu, termasuk saya sendiri, bekerja bersungguh-sungguh di belakang anda, maaf, untuk menangani banyak masalah, untuk buka banyak simpulan, utk bincang, untuk mulakan penyelesaian, untuk mengurangkan halangan dan mengembangkan tenaga yang lebih damai di dunia ini supaya keamanan boleh datang dan berkekalan. Kita tak boleh benar-benar bergantung pada sesiapa pun kecuali diri sendiri. Kita perlu menjadi apa yang kita mahukan daripada orang lain tetapi kita perlu adanya dulu sebelum orang lain boleh bantu. Pasukan Syurga dan saya, Kami bekerja keras sekali. Bukanlah hanya duduk bersama di dunia, pemimpin bersama atau rundingan antara negara atau kerajaan. Tidak, tidak. Itu hanya satu bahagian kecil. Bahagian yang lebih besar ialah dunia dalaman – seperti Pasukan dan saya perlu pergi cari puncanya.

Photo Caption: “TUHAN Membuat Kecantikan dengan Segala Warna”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Sains dan Kerohanian
2026-03-18
399 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-03-17
630 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-03-17
1402 Tontonan
Jejak Budaya di Seluruh Dunia
2026-03-17
614 Tontonan
Elit Vegan
2026-03-17
957 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-03-17
1690 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-03-16
871 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-03-16
2446 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun