Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Ya, Engkau (Baginda Raja Luy) sebut tentang Alam Baharu Tim Qo Tu. Di Alam itu, kami cipta apa-apa saja yang kami mahu. Kami tak perlu mencipta pun. Kami hanya fikirkan apa yang kami suka dan ia akan muncul kepada kami. Adakah sama juga di Alam Buddha spiritual-Mu, Tuan? “Oh, ya, ya! Serupa, serupa. Kami cipta segala jenis pemandangan, bunga atau padang rumput, apa-apa saja yang kami suka. Segalanya berkilauan dgn kegembiraan, kebahagiaan dan cahaya terang. Kami semua nikmati apa yang kami cipta atau apa yang ingin kami miliki. Itu kehidupan yang sangat senang. Jika kami ingin ada pemandangan baharu di tempat yang sama, kami boleh hanya memikirkannya, kemudian pemandangan itu hilang dan kami boleh ada pemandangan baharu, benda baharu atau malah kenderaan teknikal baharu jika kami mahu supaya kami boleh pergi melawat planet lain atau kawasan lain di Alam kami sendiri.” Wau, bagusnya itu! Aku rindui semua itu, Tuan. Ya, aku rindui semua itu kerana jenis kuasa cipta ini bukanlah sihir. Kami dapat mengawal sepenuhnya dan hanya untuk tujuan positif dan keseronokan. Kami takkan memikirkan apa-apa yang negatif di Alam kami. Adakah itu sama di Alam-Mu, Tuan? “Oh, ya, oh, ya! Di semua Alam Buddha, semuanya serupa macam itu.” Wau! Aku begitu gembira – gembira untuk rakyat-Mu. Akankah Engkau merancang untuk inap lebih lama sikit di Bumi sederhana kami, Tuhan? Raja bertitah, “Oh! Tidak, kerana kami juga perlu pergi ke planet lain untuk bantu sebanyak yang boleh di dunia-dunia lain yang alami kesusahan.” Oh, ya, ya! Dah tentu, Tuan, dah tentu, Tuan. Kami berterima kasih kpd Engkau atas itu Semoga TUHAN berkati Engkau dan anak murid spiritual, orang-Mu, dengan banyak sekali – sentiasanya berkat, kegembiraan, kuasa dan bakat yang bertambah baik serta kuasa spiritual untuk bantu makhluk lain juga, sepanjang masa. Semoga TUHAN berkati kalian macam itu. Amin. Syukur kepada Engkau, MAPA kami, TUHAN PALING Berkuasa. Raja bertitah, “Ya, kami datang ke sini untuk ucapkan tahniah kpd Engkau atas tugas khas-Mu, tugas khas yang paling besar dan berkuasa di seluruh Alam Semesta dan sejak sejarah umat manusia. Kami semua beri hormat kepada Engkau, kasihi Engkau dan bantu Engkau dengan sebarang cara yang boleh untuk membantu dunia ini.” Oh! Tuan, terima kasih. Janganlah begitu rendah diri. Tak perlu beri hormat kepada aku. Aku hanyalah seorang lagi pekerja di dunia ini mengikut Kehendak dan Rahmat TUHAN. Kami sangat, sangat gembira menerima Engkau, penuh dengan berkat dan kasih sayang daripada Engkau. Kasih sayang-Mu adalah lebih daripada cukup bagi aku. Dunia ini perlukan kasih sayang-Mu. Jadi tolong berikan sebanyak yang Engkau boleh supaya makhluk di planet ini akan lebih banyak dinaikkan, sedia untuk menerima lebih banyak Rahmat TUHAN dan sedia untuk pulang ke Rumah, sedia untuk bebas daripada segala penderitaan selama-lamanya. Semoga begitu, dengan Nama TUHAN Yang PALING Berkuasa. Amin. Syukur kepada Engkau, TUHANKU. Syukur kepada Engkau, TUANKU. “Kami datang dengan hadiah kecil untuk Engkau, Buddha Maitreya, Tuan.” Wau, wau! Ya Tuhan! Hanya untuk aku saja? Bolehkah ia untuk orangku dan orang di dunia ini juga? “Tidak, Tuan. Tidak, tidak, Tuanku, maaf. Ia hanya untuk Engkau, Buddha Maitreya, Christ pada tempoh masa Bumi ini. Tiada satu pun daripada mereka dapat menerimanya. Ia terlalu berkuasa.” Baiklah, Tuan, aku ucapkan terima kasih kpd Engkau dgn rendah diri. Aku harap dapat gunakannya dengan baik demi sesiapa saja yang perlukannya, tidak berada di planet ini pun tetapi di tempat lain, malah di neraka juga. Raja bertitah, “Semoga begitu, semoga begitu. Engkau dan hati pemurah-Mu sentiasa menyentuh kami dan semua makhluk.” Jadi saya berkata, “Segalanya Kehendak TUHAN, Tuan. Segalanya Kehendak dan Rahmat TUHAN. Aku amat bersyukur dengan rendah diri kepada TUHAN kita.” (Sesuatu berlaku di antaranya dan Guru perlu menguruskannya, jadi perbualan antara dua Raja ini berhenti untuk seketika.) Tuan, mohon ampun. Aku perlukan seketika masa untuk menguruskan kerja yang sangat peribadi, penting. Bukan peribadi untuk diri sendiri, maksudku, anggota pasukanku, isu-isu. Saya akan kembali dlm satu minit, Tuan. Mohon ampun, Tuanku, Raja Luy, ini ambil masa lebih daripada satu minit. Ampunilah aku. Tuan, ada apa-apa lagi yang ingin Engkau makrifatkan kami? Raja bertitah, “Oh! Tak mengapa. Tak banyak yang dapat aku makrifatkan Engkau. Engkau sudah tahu akan segala-galanya dan telah dikurniai keupayaan tambahan, segala jenis sifat unggul untuk mengetahui lebih banyak daripada hanya yang biasanya harus Engkau tahu, cuma dengan perbualan kita, kita bercakap tentang perkara tetapi ini tak bermakna aku dapat mengajar Engkau apa-apa. Engkau ialah Raja Segala Raja Segala Raja Segala Raja. Engkau Mengetahui Segalanya, Nampak Segalanya, Dengar Segalanya, Mengerti Segalanya, cuma Engkau dengan baik budi tanya kami atau sesiapa saja sebarang soalan. Itu hanya supaya orang-Mu akan tahu lebih tentangnya. Engkau sentiasa merendah diri macam ini tetapi kami faham dan sentiasa jawab apa-apa saja yang Engkau tanyakan.” Terima kasih, Tuan, terima kasih, Tuan. Terima kasih, Tuan. Aku tak pernah menganggap diri sebagai apa-apa seperti yang Engkau katakan. Raja Luy bertitah, “Sekarang kami ingin berikan hadiah ini kepada Engkau. Ini sulit. Kami juga akan cuba berkongsi berkat dengan semua umat-Mu dan orang di dunia.” Oh! Ribuan terima kasih, ribuan terima kasih, Tuanku, ribuan terima kasih. Jadi Raja sendiri menyampaikan hadiah ini kepada saya secara senyap, secara rahsia. Saya tak boleh dedahkannya kepada anda. Meskipun saya katakan apa-apa, anda takkan faham dan tak dapat gunakannya, jadi kita rahsiakannya sebagaimana yang Raja Luy mahukan. Saya tanya Baginda Raja Luy masa berapa lama diperlukan untuk hadiah ini disampaikan kepada saya. Baginda bertitah, “Tiada masa yang diperlukan, sudah siap.” Wau, wau! Engkau begitu berkuasa, Tuan. Terima kasih banyak-banyak, Tuanku, Raja Luy. Engkau begitu murah hati, begitu baik hati, begitu pengasih. Terima kasih, terima kasih. Aku akan gunakan hadiah ini dengan wajar, dengan betul sebagaimana yang Engkau mahukan. Terima kasih selama-lamanya, Tuan. Terima kasih, terima kasih. “Sekarang kami ingin ucapkan selamat tinggal kepada Engkau, mungkin hingga lain kali, pada bila-bila saja. Jika Engkau perlukan kami utk apa-apa, panggillah namaku dan aku akan berada di sana utk bantu Engkau pada bila-bila saja perlu.” Oh! Tuan, ribuan terima kasih sekali lagi. Engkau begitu baik hati. Semoga TUHAN selama-lamanya berkati Engkau dengan lebih banyak daripada yang Engkau berikan kepada sesiapa saja di planet-Mu dan tempat lain. Semoga Engkau begitu kuat selama-lamanya dan semakin berkuasa. Semoga semua orang-Mu banyak diberkati dalam Rahmat TUHAN. Amin. Kami syukur kpd Engkau, MAPA kami, satu-satunya Ibu Bapa kami. Syukur kepada Engkau, TUAN. Dan sepanjang waktu Engkau inap di planet kami selama beberapa hari lagi, nikmatilah hanya yang terbaik di dunia kami. Amin. Kami harap dapat jumpa dgn Engkau lagi, jika bukan dalam hayat ini, maka hayat seterusnya. Jika bukan di planet ini, maka planet lain, Tuan. Kita ialah sahabat selama-lamanya. Aku harap semua Buddha akan sentiasa menerima aku sebagai sahabat. Mereka buat begitu. Aku tahu akan itu dan berterima kasih selama-lamanya. Semoga Engkau sentiasa sejahtera, Tuan. Semoga rakyat-Mu sentiasa sejahtera juga. Amin. Itulah perbualan dengan Baginda Raja Buddha Luy. Selepas saya selesai dengan pertemuan dalaman yang lain dengan Yang Maha Kuasa, Triniti dan Raja Keamanan, saya perlu adakan pertemuan perbualan dengan Baginda Raja Luy yang alam spiritual-Nya sejauh berbilion-bilion tahun cahaya dari kita. Saya boleh tanyakan angkanya tetapi rasanya anda dah boleh agak, sangat jauh dari kita. Saya tak nak terus rakamkan angkanya lagi – jadi sejauh banyak bilion tahun cahaya dari kita. Kita begitu berterima kasih atas Baginda melawat planet kita dengan banyak Berkat dan saya secara peribadi berterima kasih atas hadiah peribadi yang diberikan-Nya untuk hidup saya tetapi saya boleh gunakannya untuk tujuan mulia, jadi tak mengapa, peribadi atau tidak. Tak mengapa, sama ada ini hadiah peribadi atau tidak, segalanya untuk manfaat semua makhluk. Jadi sekian saja buat masa ini. Saya begitu gembira dapat bercakap dengan Raja Luy selepas kami telah lama tertangguh, selama sangat banyak hari. Anda dah tahu. Saya begitu gembira. Saya tidak sangka saya dapat bercakap dengan dua Raja dalam masa dua hari. TUHAN pasti telah melimpahkan sangat banyak Berkat dan Rahmat untuk membolehkan pertemuan kami datang awal. Segalanya berjalan lancar sekali. Kami syukur kpd Engkau, TUHAN kami, satu-satunya Ibu Bapa kami yang PALING Berkuasa. Syukur kepada Engkau, TUANKU. Semoga Engkau sejahtera, ceria dan bangga dengan anak-anak-Mu. Kakitangan Supreme Master Television yang dikasihi, saya sentiasa berterima kasih kpd anda dan kasihi anda sepanjang masa. Saya hantar perbualan antara Baginda Raja Buddha Luy dengan saya. Anda tak perlu tergesa-gesa kerana anda ada Berita Selitan yang lain untuk diuruskan. Baru-baru ini, saya berikan jauh lebih banyak kerja kpd anda kerana saya biar anda mengetahui semua perkara yang saya lakukan – kebanyakan perkara yang saya lakukan – kecuali sesetengah perkara yang saya tak dibenarkan untuk dedahkan. Jadi anda tiada tekanan. Anda menerima, menyimpan dan mengerjakannya hanya apabila ada masa kerana ini adalah baik dihantar kepada anda. Jika tidak, mungkin saya terlupa hantar atau kehilangannya, sama seperti perbualan dengan Raja Puse. Baiklah, saya berterima kasih kpd anda. Semoga anda semua mendapat lebih banyak makrifat, lebih byk Tenaga, lebih banyak Berkat, lebih byk Rahmat drpd Ibu Bapa Yang PALING Berkuasa, TUHAN Yang Maha Berkuasa supaya kita dapat melaksanakan misi-NYA bersama-sama di Bumi. Terima kasih kepada anda semua. Kita bersyukur kpd TUHAN Yang Maha Berkuasa atas segalanya yang kita ada. Amin. Photo Caption: “Syukur kepada TUHAN atas Engkau Bulan yang Baik Hati Kami Perlukan Engkau dalam Kegelapan Apabila Siang Hari Tidak Mahu Segera Datang!”











