Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hari ini, 24 Oktober, awal pagi, saya tanya MAPA kita, Yang Maha Berbelas Kasihan, Yang Maha Berkuasa, Yang PALING segalanya yang baik, baik hati, pemurah dan berbelas kasihan – saya tanya Satu-satunya Ibu Bapa kita yang unik, lebih daripada terbaik di seluruh Alam Semesta, sama ada dah tiba masanya, biasanya saya keluar dari khemah dan daripada meditasi-samadhi bagi bekerja untuk Supreme Master Television, seperti biasa. Jadi Bapa beritahu saya, “Tidak, tidak, kerana ketua perang ingin bercakap dengan Engkau.” Saya berkata, “Oh! Ya, TUAN, dengan izin-Mu, aku akan bercakap dengan dia.” Kemudian sebelum itu, saya arahkan semua keselamatan dan perlindungan privasi serta malaikat dan jabatan Syurga yang berkaitan untuk mengetatkan langkah keselamatan supaya saya akan hanya bercakap dengan sesiapa saja yang saya mahu dan tidak terganggu oleh kuasa negatif, helah, bohong serta cadangan dan kata-kata delusi mereka dan lain-lain, apa-apa saja yang mereka nak buat. Selepas dua minit, lebih kurang, semua hal keselamatan telah terurus. Jadi saya minta pengawal neraka supaya biar ketua perang bercakap dengan saya. Dia berlutut dan berkata, “Tuanku, Raja Segala Raja Segala Raja Segala Raja Yang Tertinggi, aku beri hormat kepada Engkau, dan di kaki-Mu, aku ingin melaporkan situasi keamanan.” Jadi saya kata, “Baiklah, engkau dibenarkan untuk menjadi selesa. Engkau boleh duduk dan beritahu aku.” Jadi dia kata, “Perdamaian telah ditandatangani antara Rusia dan Ukraine.” Saya betulkan dia, “Engkau katalah ‘Ureign’ kerana aku mahu mereka ada keamanan dan sendiri memerintah dengan kuasa sendiri, dengan kemahuan sendiri, dengan reka cipta sendiri, dengan kegembiraan sendiri dan persetujuan harmoni sesama mereka, dalam sempadan negara mereka sendiri.” Jadi ketua perang berkata, “Ya, Tuanku.” Jadi ketua perang berkata, “Perdamaian telah ditandatangani antara dua buah negara ini, Rusia dan Ureign (Ukraine). Keamanan akan datang tak lama lagi.” Dia kata, “Keamanan akan datang tak lama lagi. Peperangan akan berakhir. Tiada peperangan lagi.” Saya berkata, “Oh! Itu antara Rusia dan Ureign (Ukraine) tetapi bagaimana dengan antara Arab Saudi dan Iran?” Ketua perang berkata, “Tuanku, Raja Segala Raja Segala Raja Segala Raja, peperangan itu akan berakhir tak lama lagi juga.” Jadi saya berkata kepada dia, “Baiklah. Aku ada baca berita ini juga daripada media semalam, tetapi masalahnya, aku mahu lebih daripada itu. Aku mahukannya benar-benar, keamanan itu benar-benar berlaku, cepat dan berkekalan.” Ketua perang berkata, “Ya. Ya, Tuanku. Ia akan datang. Ia akan datang. Aku akan cuba sedaya upaya utk mempercepatnya. Dengan berkat-Mu, kita akan dapat menamatkan peperangan tidak lama lagi.” Saya kata, “Bagus, bagus. Aku lihat engkau telah bertambah baik dalam keikhlasan dan pemahamanmu tentang kekejaman dan keganasan peperangan. Jadi atas itu, aku mengakui usahamu. Jadi aku akan arahkan pengawal supaya biar engkau berada di dalam sel penjara yang lebih luas. Apa-apa yang engkau benar-benar perlukan untuk penjagaan dan penyaraan diri, beritahulah ketua kawasan neraka ini dan dia akan bawanya kepada engkau. Dia akan memungkinkannya utk engkau, maksudku sejauh kemungkinan yang ada. Engkau di neraka, ingatlah akan itu. Aku akan cuba benarkan lebih byk ruang, lebih banyak kebebasan bergerak dan lebih banyak kuasa bagi digunakan untuk tujuan keamanan saja. Ingatlah akan itu. Aku masih menunggu lebih banyak usahamu dengan segala keikhlasan dan penghormatan kpd TUHAN Yang PALING Berkuasa. Ada apa-apa lagi yg engkau nak beritahu aku? Baiklah. Bagus. Maka engkau telah tunjukkan muhibahmu. Sebagai balasan, aku juga tunjukkan sikap lembutku. Jadi biar kita teruskan usaha kita untuk bawa keamanan dan kegembiraan ke dunia ini kerana engkau tahu berapa banyak dalam sumber kewangan telah dibazirkan dengan cara yang begitu menggerunkan sedangkan berjuta-juta atau malah sekrg berbilion-bilion orang dalam penderitaan, kesakitan tanpa sesiapa yang benar-benar ambil berat tentang nasib mereka. Berbilion-bilion dolar telah dibelanjakan hanya untuk membunuh, memusnah. Engkau boleh lihat bukti perang yang sangat tidak logik. Jadi cepatlah, buat sebaik yang boleh. Pahalamu akan dibenarkan untuk mengimbangi sebahagian drpd dosamu. Ini bergantung kepada berapa gigih engkau berusaha. Aku akan bercakap dgn engkau lain kali pada bila-bila perlu. Selamat tinggal buat masa ini.” Ketua perang bersujud di atas lantai tiga kali dan kekal berada di atas lantai dengan kepala menyentuh lantai. Dia kata, “Ya. Ya, Tuan. Aku harap dapat berjumpa dgn Engkau tak lama lagi pada bila-bila saja, Tuan.” Saya kata, “Baiklah. Engkau boleh bersenang, tak usah berlutut di atas lantai. Bersenanglah.” Jadi dengan itu, saya tinggalkan penjara neraka dan kembali ke dunia fizikal ini. Oh! Seperkara lagi, saya tanya MAPA sama ada saya dibenarkan untuk memaafkan dan bantu seorang kononnya bekas kawan yang memanggil dari neraka supaya diselamatkan. Jadi TUHAN izinkan itu. Kemudian saya berkata, “Maka ke mana harus aku hantar dia selepas aku keluarkan dia dari neraka?” TUHAN berfirman, “Hantar dia ke zon perang supaya dia tahu macam mana rupanya penderitaan perang sehingga dia dibersihkan semua sisa kejam macam ini daripada seluruh dirinya, kemudian dia boleh dilahirkan semula sebagai manusia.” Jadi saya kata, “Ya, ya, TUAN. Aku akan tinjaunya dan selamatkan dia dengan Rahmat-Mu, TUAN. Berbanyak syukur kepada Engkau atas Belas Kasihan-Mu, TUAN.” TUHAN berfirman, “Baiklah, pergilah buat kerja-Mu.” Saya kata, “Selepas ini, adakah terdapat perkara lain yg nak dibuat hari ini, TUAN, istimewa?” TUHAN berfirman, “Tidak, bukan sekarang, tidak lagi hari ini.” Jadi saya kata, “Selepas itu, aku akan pergi bekerja untuk Supreme Master Television.” Jadi bagi itu, TUHAN izinkan saya. “Syukur kepada Engkau.” Jadi saya perlu merendahkan getaran saya untuk masuki perpustakaan rekod Akashic bagi mendapat tahu siapa itu dlm kalangan kononnya bekas kawan saya yang berkaitan dengan peperangan atau sesuatu yang serupa. Saya mendapati sesuatu tentang orang ini sebelum saya boleh pergi ke neraka dan umumkan pengampunan saya kepada orang yang minta bantuan itu. Kerana sesuatu dengan karmanya begitu buruk sehingga neraka menyembunyikan dia malah daripada saya supaya panggilan minta tolongnya tidak terbocor ke mana-mana kecuali dua kali. Satu kali, Raja Buddha Keamanan terdengar suaranya, jadi beritahu saya tetapi saya terlalu sibuk, sibuk terlibat dalam segala peninjauan dalam rekod Akashic dan masa yang diperuntukkan untuk itu. Jadi saya terlupa akannya selama empat hari. Kemudian kali kedua, suaranya terbocor atau mungkin neraka benarkan dia jerit dengan lebih kuat. Kemudian Wanita Musang terdengarnya, Wanita Musang tak bernama terdengarnya dan berlari datang memberitahu saya berita ini. Seperkara lagi, saya dah tidak banyak dengar daripada Wanita Musang tak bernama selama beberapa hari sekarang. Ya, saya dah tidak dengar daripada Wanita Musang tak bernama selama beberapa hari. Tetapi dia gembira. Dia suka menjadi manusia. Dia tiada kuasa yang mencukupi. Saya juga tidak beri lebih banyak kuasa kepada dia untuk menjadi manusia sepenuhnya secara tetap seperti manusia lain. Juga kerana jika saya berikan terlalu banyak Kuasa saya kepada dia, dia akan mati. Dia takkan dapat meneruskan amalannya sebagai orang-musang dan juga terus menikmati hidupnya sebagai manusia beberapa hari seminggu. Jadi seperti segalanya yang lain, benda baik pun mengambil masa untuk dicernakan. Sama seperti vitamin yang terbaik, kita tak boleh mengambil seluruh botol sekali gus. Saya tanya Wanita Musang, “Bagaimana dengan hidupmu di dunia manusia? Engkau ada makanan atau minuman dan baik-baik saja?” Dia kata, “Ya, ya. Orang sangat baik terhadap aku. Mereka berikan makanan dan minuman kepada aku, malah jus dan air, segala jenis makanan dan buah-buahan – sangat enak. Aku juga membalas kebaikan mereka dengan membantu ke mana-mana saja aku pergi. Aku bantu mereka dengan apa-apa saja yang mereka suruh aku buat seperti bersihkan halaman. Aku belajar memotong rumput dan mencantas pokok di taman mereka atau bawa haiwan kesayangan mereka keluar untuk berjalan-jalan. Pada asalnya, orang-anjing tahu siapa aku, jadi mereka asyik menyalak tetapi kemudiannya aku berkomunikasi dengan mereka, memberitahu mereka bahawa aku tidak berniat buruk. Aku hanya perlu bekerja sikit untuk mendapat belanja hidup. ‘Jadi ikutlah aku, dengan baik. Tolong aku.’ Jadi mereka buat begitu. Orang malah tanyakan nama saya. Jadi saya kata, ‘Nama saya Lisa. Itu saja yang saya ingat.’ Mereka tanya saya di mana rumahku. Aku kata, ‘Saya tiadanya. Saya tidur di mana-mana saja boleh.’ Jadi mereka berikan lebih banyak pakaian dan selimut kepada aku dan beritahu aku bahawa aku boleh tidur di dalam garaj atau bangsal di taman. Manusia begitu baik terhadap aku. Mereka rasa mungkin aku anak yatim, hilang ingatan atau sesuatu, jadi perlakukan aku dengan baik kerana mereka lihat aku manis dan lemah lembut, bercakap dgn rendah diri sekali dan sopan, tidak berbuat mudarat atau tidak menunjukkan jenis kesan yang memudaratkan. Jadi ke mana pun aku pergi, orang bantu. Jika mereka tidak membantu, aku pergi ke rumah lain. Aku baik-baik saja.” Jadi saya berkata kpd orang-musang itu, “Wau! Aku gembira untuk engkau. Aku gembira untuk engkau. Jenis kehidupan itu sangat bebas juga. Engkau baik. Engkau ingatlah akan TUHAN dan berdoa sepanjang masa. Jika tidak, kuasamu akan menghilang. Engkau tak dapat menjadi manusia lagi dan tak boleh buat apa-apa pun.” Jadi Wanita Musang berkata, “Ya, ya. Ya, aku tahu akan itu, Guru. Aku tahu sangat akan itu. Aku tahu akan itu. Aku sentiasa bersyukur dalam hatiku kepada TUHAN Yang Maha Berkuasa, melalui Belas Kasihan dan Kasih Sayang Engkau, aku boleh menjadi manusia dan menikmati hidup manusia beberapa hari seminggu.” Photo Caption: “Panas dan Terang, Jadilah Seperti Pancaran Matahari”











