Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Guru Temu dgn Kanak-kanak Starlight Guru Bertemu dengan Keluarga Sheen Ketika Mahaguru Ching Hai inap sementara di California berikutan Gala Yayasan Kanak-kanak Starlight, Janet Sheen buat perjalanan ke Wilayah Orange dan Pusat Los Angeles untuk melawat Mahaguru Ching Hai. Keluarga Sheen merupakan keluarga Hollywood yang terkenal. Bersama Martin Sheen, dua orang anaknya, Emilio Estevez dan Charlie Sheen juga dikenali ramai dalam banyak filem popular. Emilio Estevez membintangi ‘Penembak Muda’, ‘Itik Perkasa’ dan ‘Satu Lagi Pengawasan’. Charlie Sheen pula terkenal dengan wataknya dalam ‘Platun’, ‘Penembak Muda’, ‘Pasukan Khas Tentera Laut’ dan watak utama ‘Bandar Putar’ yang popular. Pasangan selebriti ini menjemput Mahaguru ke rumah mereka di Malibu. Bersama dengan anak mereka Charlie Sheen, keluarga ini menyambut tetamu istimewa mereka dengan layanan mesra. Mereka makan tengah hari bersama-sama di beranda berangin sepoi-sepoi dan berbual tentang banyak subjek yang menyeronokkan dan menghiburkan. Sebelum bertolak pulang, Martin dan Janet Sheen menghadiahi Mahaguru dua hadiah sebagai tanda persahabatan. Satunya ialah sepasang but salji sebagai lambang rasa kagum mereka dengan perjalanan hebat-Nya ke pergunungan Himalaya. Satu lagi ialah kemeja putih ala Cina yang merupakan salah satu kostum yang digunakan dalam penggambaran filem terkenal ‘Hari Kiamat Sekarang’. Janet Sheen menyarungkan kemeja itu pada Mahaguru dan gembira dengan kemeja itu agak padan. Selepas pelukan mesra dan gambar kenang-kenangan diambil, keluarga Sheen ucapkan selamat jalan kepada Mahaguru Ching Hai dan berharap perjalanan-Nya pulang selamat.











