Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
(Adakah Guru akan pergi ke Rusia?) Ya, saya diundang dan mereka akan bantu saya rancangkan sesuatu untuknya. (Siapa mengundang Guru?) Salah seorang kawan kita di sini, contohnya. Beritahulah dia tentangnya. (Beliau diundang daripada pejabat datuk bandar di Moscow.) Dia tahu lebih. (Ya. Dia kata Guru diundang oleh Datuk Bandar Moscow, En. Luzhkov.) Ya, betul tu. (Jadi apa yang akan Guru lakukan di Rusia?) Mereka minta saya pergi ke sana untuk melawat negaramu. Pertama sekali, kerana itu negara yang hebat, dan kedua, barangkali untuk menjawab soalan spiritual daripada orangmu. (Apa yg Guru maksudkan dgn spiritual?) Dia tahu lebih. Dia yang minta saya.(Sebenarnya, Mahaguru [Ching Hai] membantu orang, orang miskin dan orang tak berumah. Beliau menyokong dari segi kewangan dan mengajar secara langsung bahawa seseorang mesti hidup secara damai, dengan kasih sayang, tidak merokok, tidak minum arak. Jadi itu moto-Nya, dalam erti kata itu. Jadi Beliau ingin menyampaikan mesej bahawa dunia adalah Satu, orang adalah Satu, dan bahawa – ‘Biar kita menjadi seperti adik-beradik.’ Itu moto-Nya. Jika ada apa-apa soalan untuk Beliau, tanyalah.) (Terima kasih banyak-banyak. Saya akan tanya Beliau sekarang: “Adakah ini sesuatu jenis kumpulan agama atau bukan?”) (Bukan.)(Adakah ini sesuatu jenis kumpulan agama atau hanya spiritual?) Saya tak benar-benar tahu bagaimana panggilnya. Nama hanyalah buatan manusia. Sebenarnya kita masuk ke dalam dan berhubung dengan TUHAN. (Roh?) Kerajaan TUHAN dan roh di dalam diri kita, sangat mudah. Tidak kira apa jenis agama yang kita ikut… Dalam kumpulan kami, kami ada segala jenis pengikut agama seperti Katolik, Islam, Hindu, Buddha. Itu tak menjadi hal bagi kami asalkan kita jumpai Kedamaian jiwa dan Kerajaan TUHAN serta hidup damai bersama semua saudara kita. Itu saja yang penting. Kita juga perlu bantu saudara-saudara kita.(Terima kasih banyak-banyak.) Adakah Guru akan pergi melawat rumah angkat atau... untuk orang tak berumah, rumah untuk kanak-kanak yang ditinggalkan tanpa ibu bapa.) Rumah anak yatim? (Rumah anak yatim. Adakah Guru akan melawat mereka juga?) Ya, ya, puan, ya. Mereka jemput saya melakukan itu juga. Dah tentu, jika saya berpeluang, itu akan menjadi keistimewaan saya. Jika kami dapat bantu dgn sebarang cara, kami akan cuba sedaya upaya dari segi rohani dan kebendaan. Ya, kami lakukan kedua-duanya. (Saya akan ucapkan terima kasih atas kemurahan hati-Mu.) Terima kasih juga. Semoga TUHAN berkati kamu.(Selamat datang ke Rusia. Rusia perlukan orang seperti Guru sekarang.) TUHAN berkati kamu. TUHAN berkati negaramu. (Terima kasih.) (Terima kasih banyak-banyak.) (Terima kasih.) (Bilakah Guru akan berada di Moscow?) Itu Kehendak TUHAN tetapi sebaik saja kamu dah sedia, saya pun sedia. (Baiklah. Terima kasih.) (Maka Beliau akan benar-benar melawat.) (Terima kasih banyak-banyak.) TUHAN berkati kamu. Lelaki-lelaki ini jatuh cinta pada saya. Lihatlah dia. (Ya.) Katalah ‘cheese’! (Klik di sana.) Dia jatuh cinta pada saya juga. (Orang-orang ini buat kerja dengan baik.) Kasihi kamu! (Selamat malam.) (Selamat malam.)(Guru tahu itu temu ramah yang sangat baik untuk Televisyen Rusia. Itu sangat baik.) Rasanya saya sangat pemalu nak bercakap dengan orang. (Tidak, tidak. Itu baik. Saya katakan beberapa perkara penting juga.) Apa yang kamu katakan? (Saya katakan perkara yg sangat penting juga.) Seperti apa? Seperti saya kata, “Mahaguru pergi ke seluruh dunia (Oh! Ya?) dan beri kedamaian kepada orang, kasih sayang, kegembiraan, (Baiklah.) berkongsi Kaedah-Nya. (Selamat jalan!) (Selamat jalan!) Selamat tinggal ! TUHAN berkati kamu. (Selamat jalan!) (Selamat jalan!) (Kami kasihi Guru.) (Saya harap dapat jumpa dgn Guru lagi.) Ya, ya. Saya terpaksa pergi dari sini. ‘Arrivederci (selamat tinggal sehingga kita temu lagi)’. Baiklah, sayang, selamat tinggal! Jumpa lagi. Jagalah diri. TUHAN berkati. Selamat tinggal.Pada tahun berikutnya, pada hari Ahad, 26 Mac 2000, majlis tahunan Hollywood yang paling terkenal, Anugerah Akademi ke-72, kembali ke tempat megah yang sama, Auditorium Shrine, untuk anugerahkan Oscar kpd orang terbaik dlm industri perfileman. Pada malam yang menguja ini, gala Oscar ‘Malam 100 Bintang’ sekali lagi berlangsung di Hotel Beverly Hills yang eksklusif. Hampir 200 bintang Hollywood menghadiri gala Oscar ini sebagai penghormatan kepada Anugerah Akademi. Namun begitu, Mahaguru Ching Hai sibuk dengan lawatan khutbah dunia-Nya dan menyampaikan salam kepada rakan-rakan-Nya. Banyak superbintang menyampaikan ucapan selamat kepada Mahaguru Ching Hai.Hai, ini Ken Huthmaker. Saya tak tahu sama ada Guru masih ingat akan saya, Mahaguru Ching Hai, tapi saya temu dgn Guru pada tahun lalu dan faham bahawa Guru adakan lawatan khutbah tahun ini. Saya ingin ucapkan semoga Guru sangat berjaya dan bahagia, dan perjalanan-Mu sangat selamat. Saya harap kami jumpa dengan Guru pada tahun depan.Mahaguru [Ching Hai], kami adakannya tanpa Guru, majlis ini. Jadi kami harap Guru akan berada di sini tapi malangnya kami faham bahawa barangkali pemasaan Guru, begitu sibuk, Guru tak dapat sertai kami pada malam ini Kami sentiasa harap Guru sihat, ceria dan sentiasa bantu orang seperti yang Guru lakukan. Semoga Guru bertuah dalam lawatan khutbah-Mu. Saya harap orang akan memahami maksud dan mesej-Mu yang sangat penting kepada semua orang. Terima kasih atas Armenia yang sangat banyak membantu orang Armenia. Saya harap dapat jumpa dengan Guru tak lama lagi.Hai, Mahaguru [Ching Hai]! Saya harap Guru boleh bersama kami tahun ini. Saya masih ingat tahun lalu ketika kita semua bersama dan kita sangat seronok. Semoga Guru berjaya dan bertuah. Harap dapat berjumpa dengan Guru lagi suatu hari nanti.Selamat malam, Mahaguru Ching Hai. Saya kesal dengan Guru tak dapat berada di sini tahun ini tapi saya ucapkan semoga berjaya dalam lawatan khutbah-Mu. Terima kasih.Mahaguru Ching Hai, hai! Kepada Guru!Salam sejahtera saya kepada Guru, Mahaguru Ching Hai. Saya harap Guru boleh berada di sini.Halo, Mahaguru Ching Hai. Begitu baik memikirkan Guru. Saya harap Guru berada di sini. Saya begitu seronok bertemu dengan Guru pada tahun lalu. Saya tahu bahawa kegembiraan, kecantikan dan ketakjuban-Mu yang Guru sebarkan kepada semua orang beri begitu banyak kebaikan kepada dunia. TUHAN sentiasa berkati Guru. Saya kasihi Guru. Selamat malam!Di mana-mana pun Guru, saya mahu Guru mendapat segalanya yang terbaik. Guru harus kembali ke California sini kerana cuacanya sangat baik dan California rindui Guru, jadi... Selamat tinggal!Kami sangat rindui Guru dari tahun lalu. Guru terlalu cantik. Wanita-wanita ada di sini dan kami berasa seronok. Kami harap dapat berjumpa dengan Guru tak lama lagi.Itu apa yang saya nampak. Saya nampak Beliau bercakap di saluran. Biasanya saya tidak menonton. Saya sedang menukar saluran, dan itu agak baik. Setiap hari Sabtu. saya boleh rakamkan dan saksikannya apabila pulang ke rumah kerana saya bekerja dari pukul 8 hingga… untuk rancangan televisyen ‘Hiburan & Sukan Hari Ini’.Halo kepada Mahaguru [Ching Hai]. Kami harap Guru sihat sejahtera dan hidup seribu tahun, menyebarkan kata-kata baik-Mu. Saya kesal dgn Guru tiada di sini tahun ini kerana kami sangat seronok. Hampir 200 orang bintang. Tetapi anak murid-Mu ada di sini dan mereka buat kerja dengan baik sekali. Mereka memastikan bahawa kata-kata-Mu disebarkan di ‘Malam 100 Bintang’ sini untuk Yayasan Filem. Harap-harap Guru akan bersama kami pada tahun depan. Kami harap dapat berjumpa dengan Guru.Sementara kita mengingat kembali kenangan manis bintang-bintang Hollywood dan pertemuan mereka dengan Mahaguru Ching Hai, kita saksikan tanggapan baik berkekalan yang dibawa oleh Mahaguru Ching Hai ke dalam kehidupan orang-orang terkenal ini. Kasih Sayang tanpa syarat dan Kebijaksanaan-Nya ialah penawar hati yg dialu-alukan oleh mereka.Tanpa bakat seni penghibur ini, kehidupan kita tidak akan menjadi begitu menarik. Mereka bawa dunia penuh kegembiraan dan imaginasi kepada kita. Dalam diri Mahaguru Ching Hai, melalui ketenangan jiwa dan kegembiraan batiniah-Nya, individu-individu yang berbakat ini menemui rasa penenangan spiritual.Seperti yang ditulis oleh pengarang lakon agung William Shakespeare: “Seluruh dunia ialah sebuah pentas dan semua lelaki dan wanita hanyalah pelakon.” Memang begitu. Semua bintang akan bersinar dan menjadi malap mengikut peredaran masa. Hanya Cahaya Guru Bermakrifat akan kekal menerangi Bumi ini. Apabila tirai berlabuh dan tiba masanya untuk kita pulang ke Rumah asal kita di antara bintang-bintang di Syurga, kita akan ada seorang Pembimbing untuk memimpin di jalan, seorang Kawan sejati yang Cahaya-Nya akan sentiasa bersinar.











