Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
“Sekarang engkau (hantu ghairah) juga perlu jawab beberapa soalan lagi untuk aku berkaitan perkara yang engkau lakukan terhadap pasukanku, kakitanganku dan orang-anjing, -burungku – engkau ganggu mereka dan sebagainya. Engkau memanipulasikan mereka, mengubah mereka menjadi jenis bukan diri sendiri atau buat mereka jatuh sakit, buat mereka jatuh sakit dan sebagainya. Semuanya perbuatanmu – maksudku engkau dan orangmu. Ya atau tidak? Satu perkataan.” Mereka tundukkan kepala, berlutut di atas lantai dan berkata, “Ya. Ampunilah kami. Kami takkan lakukannya lagi.” “Baiklah, aku percayai engkau kerana ini satu-satunya peluangmu. Okey? Selepas ini, jika engkau terus lakukan sebarang perbuatan jahat, kejahatan satu nano milimeter saja pun, engkau akan kehilangan peluangmu sepenuhnya dan akan dipunahkan. Faham itu?” Mereka semua menyembah dan kata, “Ya.” “Baiklah, sekarang engkau semua bersurai. Cuba buat sebaik yang boleh. Sentiasa berdoa kepada TUHAN, semua Santo supaya ampuni engkau, ampuni engkau, ampuni engkau dan bantu engkau pulihkan kebaikanmu, keberanianmu, diri baikmu. Semoga engkau semua bertuah. Aku juga akan menyokong engkau dengan Kuasaku untuk bantu engkau berbuat baik, menebus rohmu, mendapat semula pahalamu, kelayakanmu. TUHAN berkati engkau.” Saya juga terlupa merekodkan ini: Saya beritahu mrk, “Disebabkan manusia aku ampuni engkau dengan begitu senang. Jangan ingat engkau ada pahala yang cukup untuk ingat akan perkataan ‘pengampunan’ pun, apalagi diampuni. Disebabkan manusia dengan pengaruhmu dan anasir jahat yang lain juga, itu buat mereka saling berpisah dalam percintaan, buat mereka lupa akan TUHAN, buat mereka lupa akan segala pengorbanan Guru, Santo dan Orang Suci masa lalu di seluruh Alam Semesta, buat mereka saling berperang, jiran menentang jiran, saling membunuh tanpa mengelipkan mata, semakin banyak membangunkan senjata yang boleh bawa maut tanpa berasa gentar, sakit dalam hati, bunuh bayi sendiri dan sebagainya, dan campur tangan dalam kerjaku, melambatkan keamanan, melambatkan roh pulang ke Rumah. Ini demi manusia – agar mereka tidak terjerumus ke dalam segala jenis perangkap yg dahsyat ini lagi. Disebabkan oleh pengaruhmu, aku ingin menyelamatkan manusia. Sebab itulah aku ampuni engkau dan sebarang jenismu dan mencipta alam spiritual yang baik, damai, bahagia, menakjubkan untuk engkau. Jadi engkau juga perlu berterima kasih kepada manusia atas mereka ampuni engkau, dan bantu sesiapa saja yang engkau boleh, manusia, supaya mengikut jalan TUHAN, mematuhi Lima Rukun, menjadi vegan, menjadi orang yang damai. Maka engkau mendapat pahala untuk pergi ke alam menakjubkan yang aku cipta untuk engkau dengan Rahmat Bapa, Ibu, TUHAN dan MAPA Yang Maha Berkuasa itu. Ingatlah, sentiasa bersyukur dalam hatimu kepada TUHAN Yang Maha Berkuasa, sekarang termasuk Triniti, dah tentu, dan berterima kasih kepada semua Santo dan Orang Suci serta berterima kasih kepada semua manusia.” O ya! Saya juga berkata kepada mereka bahawa pemimpin haruslah orang yang menjaga rakyat, pengikutnya, buat mereka gembira, bantu mereka mendapat banyak segalanya yang baik yang diperlukan untuk hidup, tidak pengaruhi mereka dengan buruk supaya cuaca pun menjadi buruk, tuaian dihanyutkan air dan semua benda baik untuk mereka dirampas daripada mereka. Itu bukan cara seorang pemimpin. Jadi mereka memahami semua itu. Saya kata, “Aku ampuni engkau juga kerana mungkin tiada sesiapa yang ajar engkau perkara baik dan kerana lagi banyak perkara jahat yang engkau buat lagi jauhnya engkau dari Kebenaran, dari berkat dan dari Rahmat TUHAN. Jadi pusingkan kepalamu, berpatah balik, pergi ke arah lain, membantu, memberkati, menyelamatkan dan bukan buat segala perbuatan jahat yang engkau lakukan yang menyebabkan roh jatuh ke neraka, malah ketika masih hidup, sudah seperti hidup di neraka, menderita dalam peperangan, kebuluran, bencana, cuaca buruk yang musnahkan segala-galanya yang mereka miliki, dan terpaksa menjadi pelarian di negeri asing, meminta makanan dan minuman.” Sebahagian daripada ini saya rakamkan pada masa nyata, dan sebahagian daripadanya saya rakamkan selepas itu, seperti banyak perbualan yang lain. Ia dipersembahkan kepada anda sebagaimana sedia ada. Orang menakjubkan, orang tersayang saya, perbualan ini dipersembahkan kpd anda sebagaimana sedia ada tanpa sebarang jenis pengemasan kecuali mungkin satu atau dua perkataan di sana sini yg tidak dituturkan dgn betul, maka saya perlu bercakap semula, tetapi itu saja. Pagi ini, pada asalnya saya nak uruskan perbualan dengan Baginda Raja Sy, kemudian kerana saya perlu bercakap dengan seorang Santo, kemudian hantu ghairah masuk dan ganggunya. Jadi itu bagaimana perbualan ini diadakan. Sekarang saya perlu memutuskan sama ada nak melaporkan ini kepada anda atau tidak atau menguruskan perbualan dengan Baginda Raja Sy. Sebenarnya ini bukan kali pertama saya bercakap dengan hantu tetapi cuma sebelumnya saya hanya sebut sama ada dengan bersahaja atau hantar mereka ke bawah untuk mengurung mereka di neraka. Tetapi hari ini saya terasa macam nak bercakap dengan mereka dengan lebih terperinci sikit. Memang dengan Rahmat TUHAN mereka segera bertaubat. Banyak kali sebelumnya, mereka tak benar-benar mengambil serius ini kerana mereka masih rasa berkuasa. Baru-baru ini, banyak daripada mereka melunak, maksud saya terharu, tersentuh dan dilunakkan oleh Kasih Sayang. Mereka kata Kasih Sayang saya, jadi lebih senang untuk kalahkan mereka. Itu menggegarkan seluruh sistem mereka juga. Mungkin itu sebabnya hari ini mereka menjadi lebih rendah diri, lebih senang menerima kata-kata nasihat. Jadi lebih senang juga bagi saya mengampuni mereka dan bantu mereka dengan sesuatu cara. Jadi saya harap mulai sekarang mereka akan keluar untuk bantu orang, bantu manusia, bantu orang-haiwan, melindungi manusia, melindungi orang-haiwan dan mana-mana makhluk lain yang tidak berdosa, tidak berdaya supaya mereka boleh mendapat pahala dengan lebih pantas. Dunia kita juga akan menjadi aman damai dengan lebih pantas, lebih makmur, lebih bebas dari banyak segi, lebih pantas daripada sebelumnya. Kami syukur kepada Engkau, TUHAN Yang Maha Berkuasa, MAPA kami, secara mendalam dari lubuk jiwa kami atas Kemurahan, Belas Kasihan dan Rahmat-Mu. Semoga Engkau senang hati dgn kami – manusia yang lemah, orang-haiwan yang kesian dan makhluk lain di dunia ini. Terima kasih, TUHANKU. Oh! Sebenarnya hari ini 5 Julai. Jika saya kata 4 Julai tadi, tukarlah kepada 5 hb. Awal pagi, kita tak ingat banyak. Juga, malam tadi saya tak dapat tidur dengan begitu lena kerana semua orang-anjing yang jauh, tak terlalu jauh tetapi jauh beritahu saya bahawa ada pencuri yang datang ke kawasan sekitar. Jadi saya cuba melindungi barang kerja saya, tak banyak sebenarnya. Saya hanya cuba menyembunyikan telefon kerja, dan apa yang saya sembunyikan – kamera yang masih menyimpan beratus-ratus gambar saya yang saya belum ada masa untuk sunting, jadi tidak hantarnya. Jadi ia masih mentah. Adalah lawak saya tidak cuba menyimpan wang. Saya tiadanya pada saya, kemudian hanya cuba menyimpan gambar. Sebenarnya bagi saya, ia sangat berharga. Saya tak sentiasa ada masa untuk mengambil gambar persekitaran. Beberapa hari yang lalu saja, saya nampak buah cantik yang bertumbuh di semak rendah tetapi cantik. Ia berwarna jingga, jingga yang sangat terang, dan kecil tetapi begitu cantik. Saya berfikir nak mengambil gambarnya tetapi terlalu sibuk. Saya terlupa akannya sepenuhnya. Selepas beberapa hari, saya kembali ke kawasan yang sama itu – semuanya dah tiada kerana malam sebelum itu ada angin kencang dan ia meniup segalanya pergi dari situ, banyak benda termasuk buah ini. Saya rasa begitu tidak senang kerana ia begitu jarang. Saya tak pernah lihatnya di sekitar sebelumnya. Itu kali pertama dan satu-satunya yang saya nampak. Sayang sekali. Jika saya tinggal di sini hingga tahun depan dan tidak perlu berpindah lagi, mungkin saya akan berpeluang untuk lihatnya. Sekarang lepas pukul 6 pagi saja tapi rasanya saya akan hantar ini supaya siap dengannya. Saya tak perlu terlalu banyak berfikir lagi. Saya harap pasukan saya tak kisah jika terlalu awal bagi mereka bekerja. Terima kasih, pasukan. Photo Caption: “Hidup di Sini adalah Singkat, Hari Ini Hidup dan Cantik, Esok… TIDAK!”











