Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Baginda Raja Jayabaya meramalkan bahawa pada “zaman kegilaan”, Ratu Keadilan akan turun ke Bumi dan bantu peralihan planet ini ke babak Zaman Keemasan yang seterusnya.
Pemerintah Indonesia abad ke-12 yang bijaksana, Baginda Raja Jayabaya Kerajaan Kediri di Jawa Timur dikenangi kerana membawa zaman kemakmuran dan keamanan kepada negeri itu. Ramalan-Nya telah menjadi cahaya panduan untuk generasi-generasi berikutnya. Apabila mereka alami pergolakan sosial dan politik selama berabad-abad, mereka tidak pernah putus harapan, mengetahui bahawa masa depan yg cerah menanti mereka. Semangat yang sama ini boleh diterapkan ke seluruh dunia kerana ramalan-Nya bukan sahaja berkaitan satu negara tetapi juga nasib planet ini. Berdasarkan tanda-tanda dalam visi-Nya, dunia berada di tengah-tengah “Jaman Edan” atau “zaman kegilaan”, mengalami bencana alam, keruntuhan sosial dan kemerosotan akhlak. Baginda lihat Orang Syurga akan turun ke sini pada masa ini untuk membantu Bumi beralih ke babak Zaman Keemasan yang seterusnya. Baginda memanggil Orang ini sebagai Ratu Adil,“Pada tahun chandrasengkala, ‘Seorang Pendeta Dilihat Memasuki Dunia Ini,’ orang Jawa yang reseptif mencari dan mengikut AGAMA KASIH SAYANG dan Pengetahuan yang diberikan oleh jelmaan TUHAN, Penyelamat, Ratu Adil yang memberikan berkat.”Ramalan itu menyatakan bahawa menurut kalendar tradisional Jawa, pada sekitar tahun 1978 yang dianggarkan oleh sarjana, seorang Penyelamat akan bawa “Agama Kasih Sayang”. Penyelamat ini akan merupakan jelmaan TUHAN, Ratu Adil. Sejak tahun 1980-an, Mahaguru Ching Hai Tersayang (vegan) kita telah mengajarkan “Agama Kasih Sayang”, inti pati semua agama. Sebenarnya remedi yang dipreskripsikan-Nya untuk mengatasi masalah dunia kita sekarang ialah Kasih Sayang.“Kasih Sayang adalah sesuatu yang paling agung dalam hidup dan sesuatu yang paling agung di seluruh Alam Semesta. Tetapi kebanyakan orang hari ini kekurangan kasih sayang itu. Umat manusia mesti menunjukkan lebih byk kasih sayang drpd sebelumnya. Kita mesti sayangi malah musuh kita, jiran kita, orang-haiwan dan alam sekitar di sekeliling kita baru dapat kita mengatasi krisis dan mengecap kehidupan yang damai.”Aku Lautan Kasih Sayang Datanglah kepada-Ku(Adakah kasih sayang dalam agama atau agama dalam kasih sayang?) Kasih sayang adalah satu-satunya agama. Nabi Isa mengorbankan nyawa-Nya dan Santo-santo lain mengorbankan nyawa Mereka supaya kita boleh mendapat pengajaran Kasih Sayang. Hanya jika kita mendapat pengajaran Kasih Sayang dan kesamaan ini dan sayangi semua orang tanpa diskriminasi baru boleh kita mendakwa diri sebagai orang Kristian sejati.Sebenarnya tiada Hukum jika anda hidup dengan kasih sayang dan belas kasihan terhadap makhluk lain sebanyak anda sendiri mahu mendapat kasih sayang dan belas kasihan daripada orang lain. Pengasas agama besar yang lain berkata begitu juga: Apa yg anda tidak mahu dibuat terhadap anda, jangan buat terhadap makhluk lain. Berbelas kasihanlah supaya Allah akan Berbelas Kasihan terhadap anda. Sayangi semua makhluk kerana mereka ialah saudara-mara, rakan anda dan lain-lain. Anda boleh baca rukun atau ajaran mana-mana agama, dan anda akan dapati ia sangat banyak menunjuk ke matlamat dan arah yang sama.Dewi Kasih Sayang beritahu saya […]Saya memetik kata-kata-Nya, “Kasih sayang ada komponen untuk hilangkan malapetaka.” Saya memetik tepat-tepat apa yang Dia beritahu saya dalam visi.DAN LAIN-LAIN…Banyak ahli Persatuan Mahaguru Ching Hai Antarabangsa kami, semuanya vegan, telah menyaksikan Tenaga Kasih Sayang TUHAN yang sangat besar drpd Beliau dan berusaha untuk mendapat pengajaran Kasih Sayang.Beliau [Mahaguru Ching Hai] mengajar saya supaya menjangkau orang, menjangkau orang dalam kesusahan, iaitu segalanya yang diajarkan oleh TUHAN – saling menyayangi dan membantu orang. Ajaran utama yang DIA bantu saya faham adalah saling menyayangi dengan kasih sayang tanpa syarat, iaitu apa yang dilakukan-NYA terhadap semua orang.“Dalam apa jua keadaan, sama ada baik atau buruk, segalanya ialah Kasih Sayang. Guru telah membolehkan saya alami kebenaran tidak ternilai ini dan saya amat berterima kasih /. Beberapa hari yang lalu, Guru kurniai saya Berkat menghabiskan masa sehari bermeditasi di rumah di mana segalanya di sekeliling saya kelihatan hadir dan tidak hadir – begitu ringan, damai dan tenang bermandikan Kasih Sayang Guru yang bermelodi, tidak terbatas – TUHAN Yang Maha Tinggi Alam Semesta. […]”Pada 21, 22 dan 25 Oktober 2024, muzikal ‘Sukai Air Mata Cinta Terpendam’ dipentaskan di negara saya, Mongolia. Saya dapatkan tiket hari pertama dan menyaksikannya. […] Saya nampak begitu banyak makhluk yang tersesat mendapat pembebasan disebabkan Kasih Sayang & Berkat Guru. Pada ketika itu, kata-kata Guru, “neraka pun menjadi kosong” terlintas dalam fikiran saya dan saya menyedari manfaat muzikal ini.Pada suatu hari, ketika bermeditasi, saya masuki medan tenaga Guru. Ketika bermeditasi, saya melihat dari Alam Semesta di atas. Badan Dharma Guru sangat besar, melitupi seluruh Bumi. […] Dlm mata Guru, ada keinginan yg dalam untuk makhluk hidup berubah, suatu Kasih Sayang yang sangat tidak terbatas, keinginan yang besar terhadap perubahan dan kedukaan yang dalam. Semua perasaan Guru ini... Ya, di dalam medan tenaga itu, Getaran Guru. Kemudian saya berasa takut dan tiba-tiba menangis kerana makhluk di Bumi, kasih sayang mereka hanya seperti sebutir debu di Alam Semesta. Mereka tidak memahami apa-apa pun. (Ya.) Jadi saya nak berkata kpd saudara seguru bahawa adanya Guru memang ialah pahala yang tak dapat dibayangkan. Kecuali kita dapat cari, kecuali kita benar-benar dapat lihat dan masuki medan tenaga itu dan dapat rasainya, kita tak dapat memahaminya. Jika tidak, itu hanya... (Cakap saja.) Ya. Jadi adanya Guru pada masa ini memang merupakan Pahala yang saya tak tahu macam mana gambarkan.DAN LAIN-LAIN…Tambahan pula, Baginda Raja Jayabaya meramalkan bahawa Penyelamat akan menjadi terkenal di seluruh dunia. “MEMIMPIN TANAH JAWA, bergelaran Pemerintah Suci, juga Ratu Adil, nama-Nya terkenal di seluruh dunia.”Perkataan ‘Jawa’ juga bermaksud ‘jiwa’ atau ‘roh’. Oleh itu, pemimpin Jawa juga boleh bermaksud pemimpin spiritual. Sesungguhnya, Mahaguru Ching Hai Yang Paling Berseri kita telah diakui sebagai pemimpin spiritual global. Beliau telah menjadi penerima banyak anugerah yang dihormati, termasuk Hadiah Keamanan Gusi 2006, yang dianggap sebagai Hadiah Keamanan Nobel Timur, Anugerah Kepimpinan Spiritual Dunia pada1994 dan Anugerah Mahaveer pada 2008. Kedua-dua 22 Februari dan 25 Oktober telah diisytiharkan sebagai Hari Mahaguru Ching Hai, diraikan oleh orang dari seluruh dunia. Dalam tahun-tahun ini, Beliau telah menerima banyak anugerah dan darjah kehormatan lain atas kerja amal dan kemanusiaan-Nya yang menonjol. Beliau telah menyumbangkan bantuan kewangan untuk membantu mangsa bencana dan mereka yang berada dlm kedudukan lemah dan kurang bernasib baik. DAN LAIN-LAIN…Guru juga terkenal dalam arena politik. Pada awal 1990-an, bagi bantu menyelesaikan krisis pelarian Âu Lạc (Vietnam), Beliau bekerja bersama pegawai kerajaan daripada banyak negara termasuk bekas Presiden Filipina, Fidel Ramos. Beliau diundang oleh pemimpin untuk mengadakan pertemuan peribadi. DAN LAIN-LAIN…Ciptaan dan bakat seni Guru telah membuat Beliau terkenal dalam bidang-bidang yang berlainan juga. Pada 1995, pertunjukan fesyen-Nya untuk Pakaian Firdausi S.M. telah diadakan di New York, London, Paris dan Milan. Selain itu, lagu Guru telah dikumpulkan dalam album, menjankau banyak peminat. Puisi-Nya bukan sahaja diterbitkan tetapi juga dibuat menjadi muzikal ala Broadway seperti ‘Sukai Air Mata Cinta Terpendam’ dan ‘Cinta Kasih Sejati’. Tayangan perdana kedua-dua muzikal ini di Amerika Syarikat telah menarik beribu-ribu orang yang hadir. Lukisan-Nya kerap dipamerkan dalam kegiatan di seluruh dunia. Reka bentuk Barang Kemas Firdausi Guru juga sangat dicari-cari, dipuji dan dikagumi oleh orang daripada semua lapisan masyarakat. Semua karya seni Mahaguru Ching Hai dicipta melalui ilham Syurga. Ia menyampaikan banyak Kasih Sayang dan Berkat daripada Yang Maha Tinggi. Ini pengalaman yang bertuah dan meningkatkan tahap kerohanian bagi sesiapa saja yang menghayatinya.Segalanya begitu cantik. Ya Tuhan!Barangan kemas ini, bagaimana Beliau mengambil masa dan mereka bentuk segala barang kemas yang menakjubkan ini. Itu memang mengagumkan.Kelihatan macam ia menaikkan kita. Apabila kita berada di dalamnya, ia menaikkan kita. Saya kata, “Ya Tuhan! Saya rasa begitu seronok sekarang.”Karya seni yang mengagumkan. Benda yang sungguh cantik. Sangat tenang, dan itu bagus. Itu apa yang kita perlukan dalam hidup.Saya rasa Beliau bukan sahaja seorang Guru spiritual tetapi juga ada Kasih Sayang yang besar terhadap semua benda. Saya menerima tenaga kasih sayang-Nya hari ini. Saya amat tersentuh oleh ekspresi dan coretan-Nya yang suci dan murni. Seni Firdausi sebenar.Adalah sangat baik dapat melihat ciptaan ini di sini dengan begitu banyak cara yg berlainan di mana Beliau melepaskan Kasih Sayang-Nya.Ini menakjubkan.Kisahnya dan bagaimana ia disusun adalah indah. Ya, ya.Liriknya indah.Indahnya. Memang indah. Saya suka akan konsepnya. Saya tak pernah lihat sesuatu macam ini dari segi erti yang disampaikan dan menyatukan seluruh dunia dengan satu erti. Ini memang indah.Saya kagum dengan karya seni-Nya yang hebat dan sangat spiritual.Puisi Mahaguru Ching Hai menunjukkan kepada kita bahawa kegembiraan dan Syurga ada di depan mata kita juga! Kasih sayang ada dalam hati kita, dlm semua orang dan di Alam Semesta.Ya, Mahaguru memang Orang Firdausi. Ciptaan-Nya tidak terhad dan pada masa yang sama berbilang rupa dan pelbagai.Selain muzik yang kita dengar, ia juga beri persepsi tentang khasiat tak nampak minda dan jiwa serta kesan cara hidup bermakrifat. Lagu ini hanya boleh dijumpai di Syurga tetapi sekarang muzik Dharma ini telah mengalir ke seluruh dunia.Mahaguru Ching Hai juga terkenal dengan mengasaskan keluarga restoran vegan Loving Hut di seluruh dunia, menghidangkan makanan vegan yang enak, menyihatkan kepada orang di seluruh dunia. Dalam episod yang seterusnya, kita akan terus bincangkan ramalan Baginda Raja Jayabaya tentang Penyelamat.










