Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Laporan Baharu tentang Keamanan oleh Ketua Perang, Bahagian 3 drpd 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hari ini, 26 Oktober, pagi, selepas meditasi, TUHAN perintahkan saya berada di sini dan tidak keluar bekerja untuk Supreme Master Television seperti biasa kerana bekas kawan yang kita sebut sebelumnya telah memfailkan aduan, berkata bahawa dia tak harus dihukum berat kerana ditempatkan di zon perang, terlalu banyak menderita. Dia berkata bahawa dia pernah bantu saya semasa zaman perang (di Âu Lạc (Vietnam)), bantu saya dengan cara-cara yg berlainan, dengan birokrasi semasa saya di UK. Itu benar. Tetapi TUHAN berfirman bahawa itu satu perkara, dan disebabkan itu, dia boleh minta bantuan saya, malah boleh keluar dari neraka sekarang. Walaupun dia ditempatkan di zon perang, itu tidak membakar seperti di neraka atau tidak dihukum berat seperti di neraka, setiap hari.

Jadi saya merayu kepada TUHAN, “Boleh aku bawa dia ke Alam Baharuku?” TUHAN berfirman, “Tidak, itu akan dinilai oleh orang yang marah sebagai tidak adil.” Tahulah, orang yang dicederakan dan dibunuhnya tanpa belas kasihan semasa peperangan kerana dia membalas dendam terhadap sesiapa saja untuk kawan karib, rakan seperjuangannya, askar yang terbunuh dalam peperangan.

Dia merayu bahawa dia jahil dan juga dipaksa oleh kuasa negatif. Disebabkan oleh kebenciannya sendiri dalam hati, mereka boleh pergunakannya untuk lebih banyak memaksa, mendesak dia bagi membalas dendam dan membunuh tanpa berfikir baik-baik. Orang di medan perang, sama ada satunya mati, satu lagi hidup, atau sebaliknya, tetapi dia juga keluar untuk membunuh pada bila-bila saja boleh, orang tak berdosa yang berdekatan dan sesiapa saja yang dia rasa ada kaitan dengan kematian kawannya, kematian yang mengerikan juga. Sebab itulah dia tak dapat lupakan gambaran bagaimana kawannya mati dengan kesakitan yang menyeksa – tidak mati dengan serta-merta, terus. Jadi itu apa yang diberitahunya, kisahnya, untuk merayu agar hukuman diringankan.

Dia berkata bahawa kawannya menyelamatkan nyawanya dua kali semasa peperangan di medan perang. Mereka kawan karib, saling berkongsi apa-apa saja yang mereka ada. Mereka kawan karib yang ada banyak kasih sayang, persefahaman dan keserasian sesama mereka. Jadi dia tak dapat lupakan kawannya. Dia berkata bahawa kawannya orang yang sangat penyayang, prihatin. Kawannya juga telah menyelamatkan banyak rakannya dan banyak orang awam seperti penduduk kampung dan orang di sekitar kawasan pertempuran itu. Jadi TUHAN berfirman kepada dia, “Ah! Ya, sebab itulah dia sudah dinaikkan ke Syurga, kerana semasa peperangan, dia tak pernah bunuh sesiapa pun dan bantu menyelamatkan nyawa. Dia juga seorang vegetarian. Dia tidak makan orang-haiwan atau apa-apa pun.” Dia masih minum susu tetapi sangat sedikit, keju dan juga seperti telur tak tersenyawa yang tiada anak ayam di dalamnya. Jadi TUHAN berfirman bahawa “Hukum Syurga, Alam Semesta, sangat adil. Dia orang baik, jadi boleh berada di Syurga. Engkau tak boleh banding dengan dia.” Jadi kononnya kawan lama, bekas kawan saya tundukkan kepala dan mengakui bahawa TUHAN memang Adil dan Betul.

Tapi dia ada bantu saya dgn sesuatu cara dan itu bagaimana saya masih di sini dan dapat bekerja untuk Misi TUHAN. Jadi dia harus mendapat pahala daripada itu. Saya kata, “Ya, ya, Bapa Yang Maha Berkuasa. Macam itulah. Mungkin Kita harus ringankan hukumannya. Aku sanggup menanggung apa-apa saja karma yang Engkau berikan kepada aku jika aku boleh lebih banyak bantu dia.” Raja Buddha Keamanan juga merayu untuk dia. Saya kata dulu saya juga mungkin terpaksa pulang ke Âu Lạc (Vietnam) dan mati di sana tetapi dia bantu saya. Dia tahu akan peguam yang baik dan bantu bayar untuk segala perbelanjaan yurannya kerana saya tak berduit. Dia tahu bagaimana memohon supaya saya boleh tinggal di UK. Jadi atas itu, saya merayu kepada TUHAN: “Tolonglah dia, selamatkan dia.” Jadi Kami bincangkan ini dan itu.

Tetapi TUHAN berfirman bahawa dia boleh buat pekerjaan bertamadun yang lain. Dia tak perlu sertai peperangan. Dia suka akan persekitaran macam ini, bersama askar, pergi menembak orang dan seumpamanya. Dia tak perlu menjadi askar pada masa itu. Itu tidak wajib bagi warga British pada masa itu. Jadi tiada banyak alasan untuk segala pembunuhan yg dilakukannya ini. Tetapi TUHAN rasa tak mengapa dan dengan saya merayu dan Raja Buddha Keamanan merayu, DIA membuat pengadilan bahawa bekas kawan saya sama ada akan kembali ke neraka, dihukum setiap hari untuk beberapa waktu lagi, atau meneruskan hukuman zon perang untuk beberapa waktu lagi tetapi akan lebih singkat. Kemudian kedua-dua hukuman neraka dan hukuman zon perang akan menjadi lebih singkat, hanya beberapa bulan lagi dalam masa manusia. Kemudian dia boleh dilahirkan semula sebagai manusia dan berpeluang untuk belajar dengan saya dalam Keluarga Kaedah Quan Yin. Kemudian dia akan menjadi bebas, kemudian saya boleh bawa dia ke Alam Baharu saya, Alam Baharu Tim Qo Tu.

Jadi dia perlu memilih salah satu daripada pilihan ini. Oleh sebab dia belum lagi saya inisiasi, jadi saya tak dapat tanggung karmanya. Mungkin sedikit tetapi bukan semua karmanya. Jadi dia masih perlu menanggung akibat pembunuhan yang dilakukannya. Jadi kawan lama saya berfikir untuk seketika. Kemudian dia memilih untuk berada di zon perang selama empat bulan setengah lagi. Dia kata walaupun dia berada di zon perang, perlu sentiasa lari, orang mengejar dia dan dia sentiasa perlu bersembunyi untuk keselamatan dan nyawanya, itu tetap lebih baik daripada dihukum di neraka yang tidak terbayangkan, sangat sakit dan tiada cara untuk melarikan diri atau bersembunyi. Tiada kata-kata di Bumi untuk gambarkan bagaimana hukuman itu dijalankan dan berapa banyak penderitaan yang perlu dirasainya. Itu tak tertahan. Seksaan itu tak tertahan dan berterusan – siang dan malam, hanya sedikit waktu rehat di antaranya. Jadi dia memilih untuk berada di zon perang buat masa ini sehingga TUHAN beri penebusan kpd dia, kemudian dia boleh dilahirkan semula dan sertai Keluarga Quan Yin, amalkan meditasi, kemudian akhirnya Kami akan menyelamatkan dia sepenuhnya.

Jadi TUHAN dengan berbelas kasihan biarkan dia jalani hukuman ini. Saya menyembah TUHAN. Dia bersujud kepada TUHAN atas Pengampunan Berbelas Kasihan-Nya. Raja Buddha Keamanan juga berlutut dan bersyukur kepada TUHAN bagi pihaknya. Kawan itu terus bersujud di Kaki TUHAN dan letak dahinya di atas tanah sehingga TUHAN berfirman, “Cukuplah, cukup. Aku lihat taubat ikhlasmu dan situasi kesianmu yang juga dipaksakan pada engkau oleh karma dunia semasa peperangan dan juga kuasa negatif menindas engkau, lakukan penindasan terhadap engkau supaya engkau lakukan segala pembunuhan yang dahsyat, buruk ini.” Jadi kami semua menyembah TUHAN, kemudian bersurai.

Saya beritahu kawan saya, “Bersabarlah, bersabar. Fikirkan aku dan aku akan bantu engkau dengan apa jua cara yang boleh sehingga engkau ditebus sepenuhnya. Empat bulan setengah taklah lama. Jangan merungut lagi. Tiada cara lain lagi yang boleh aku buat untuk bantu engkau.” Dia amat berterima kasih dan juga menyembah saya. Saya kata, “Tak perlu, tak perlu. Engkau telah banyak membantu aku juga. Aku harap aku boleh lebih banyak bantu engkau lagi, cuma ini dah pun terbaik yang boleh kami lakukan.” Kemudian kami berpelukan dan ucapkan selamat tinggal. Dia ucapkan terima kasih kepada Raja Buddha Keamanan kerana campur tangan bagi pihaknya. Saya sendiri juga berterima kasih kepada Raja Buddha Keamanan. Kemudian kami semua pergi mengikut

jalan masing-masing. Dalam hati saya, saya masih rasa begitu bersyukur kepada TUHAN atas DIA sendiri membantu kawan lama saya. TUHAN tak perlu buat begitu. Saya amat bersyukur kepada DIA atas tidak memandang rendah terhadap diri rendah saya dan atas benar-benar bantu kawan saya. Saya masih rasa sangat bersimpati dengan kawan lama saya, sama seperti saya rasa bersimpati dengan semua manusia yang berada dalam situasi yang serupa atau perlu hidup di dunia ilusi dan begitu banyak menderita. Syukur kepada Engkau, MAPA, atas Belas Kasihan dan Kasih Sayang-Mu kpd aku dan kawanku. Syukur kepada Engkau, TUANKU. Semoga Engkau sejahtera. Aku akan terus buat sebaik yang boleh bagi berbakti kepada Engkau dengan apa jua cara yang boleh, juga untuk minimumkan penderitaan-Mu kerana anak-anak-Mu dengan jahil melakukan banyak perkara yang melanggar Hukum Alam Semesta, sebahagiannya juga kerana pengaruh kuasa negatif terhadap mereka. Syukur kepada Engkau, TUAN. Syukur kepada Engkau, TUANKU. Syukur kepada Engkau tanpa terhad, amat sangat, selama-lamanya, TUANKU, atas Toleransi dan Pengampunan-Mu. Semoga Engkau sentiasa sejahtera, TUANKU. Aku buat sebaik yang boleh untuk membantu ke arah itu. Cintai Engkau, TUAN. Aku tahu, TUANKU, bahawa aku sangat sakit juga disebabkan oleh penderitaan semua makhluk di planet ini.

Tetapi aku bersyukur kepada Engkau khususnya kerana… Oh! Aku tak tahu sama ada aku harus mengatakan ini. Mungkin kali yang lain? Atau adakah Engkau mahu aku mengatakan itu sekarang juga? Kerana Engkau izinkan aku gunakan alat fizikal badan ini untuk bantu byk orang berhubung dgn Engkau melalui cara yang sangat istimewa: aku menarik mereka kepada diriku supaya mereka berhubung dgn Engkau. Kemudian Kita boleh bantu mereka terlepas dari neraka dengan biar karma mereka tersejat melalui mercu kepalaku, dan makhluk neraka melepaskan diri melalui kakiku. Aku rasa cara ini memang berkesan untuk menyelamatkan makhluk neraka dan minimumkan penahanan-Mu yang menyakitkan, melihat anak-anak-Mu dihukum dan menderita di neraka. Aku syukur kpd Engkau atas itu, MAPA, MAPA Yang Berbelas Kasihan, Maha Berkuasa, PALING Berkuasa, PALING Berbelas Kasihan, PALING Penyayang, PALING Pengampun, PALING Berbelas Kasihan. Syukur kepada Engkau, TUANKU.

Syukur kepada Engkau khususnya hari ini kerana mengampuni kawan lamaku dan biarkan dia berpeluang untuk dibebaskan sepenuhnya. Syukur kepada Engkau, TUAN. Aku tahu Engkau malah muncul kepada dia, beri amaran kepada dia supaya jangan menjadi askar, pulang ke rumah dan cari pekerjaan tetapi dia tidak dengar. Disebabkan itu, dia dihukum dengan penderitaan yang lebih besar dan lebih lama di neraka. Aku tak tahu bagaimana jauh lebih banyak bersyukur kepada Engkau lagi, TUAN. Engkau tahu aku bersyukur. Engkau tahu aku cintai Engkau. Dengan nama umat manusia dan mana-mana makhluk yang menderita dan Engkau selamatkan dan ampuni, aku bersujud di kaki-Mu, banyak kali. Aku takkan lupa untuk bersyukur kepada Engkau. Aku takkan lupa untuk buat apa-apa saja yang boleh bagi menyenangkan Engkau dan bantu anak-anak-Mu. Ya, ya, TUAN. Ya, ya, Ibu Bapaku Yang Paling Cantik, Satu-satunya Ibu Bapa. Semoga Engkau sejahtera, TUAN. Semoga Engkau sejahtera.

Photo Caption: “Apa yang Dilihat di Hutan adalah Jarang dan Menyegarkan Lebih Baik daripada Tempat Lain, Pagi atau Senja”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (3/3)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-08
2983 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-09
2554 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-10
2157 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Sains dan Kerohanian
2026-11-11
839 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-11
2014 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-10
11715 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-10
893 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-11-10
1575 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-10
2157 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-09
1193 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun