Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Laporan Baharu tentang Keamanan oleh Ketua Perang, Bahagian 2 drpd 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Ke mana-mana pun aku pergi, orang bantu Jika mereka tidak membantu, aku pergi ke rumah lain. Aku baik-baik saja.” Jadi saya berkata kpd orang-musang itu, “Wau! Aku gembira untuk engkau. Aku gembira untuk engkau. Jenis kehidupan itu sangat bebas juga. Engkau baik. Engkau ingatlah akan TUHAN dan berdoa sepanjang masa. Jika tidak, kuasamu akan menghilang. Engkau tak dapat menjadi manusia lagi dan tak boleh buat apa-apa pun.” Jadi Wanita Musang berkata, “Ya, ya. Ya, aku tahu akan itu, Guru. Aku tahu sangat akan itu. Aku tahu akan itu. Aku sentiasa bersyukur dalam hatiku kepada TUHAN Yang Maha Berkuasa, melalui Belas Kasihan dan Kasih Sayang Engkau, aku boleh menjadi manusia dan menikmati hidup manusia beberapa hari seminggu.”

Saya kata, “Ya, jika engkau terus beramal dengan baik, rajin dan sentiasa memuja TUHAN, ingat akan TUHAN dan ingat akan aku, maka aku sentiasa dapat bantu engkau dengan Rahmat-NYA. Mana tahu, mungkin engkau segera menjadi manusia sepenuhnya, sepanjang masa. Maka engkau tak perlu menjadi orang-musang lagi, seperti yg engkau beritahu aku hasratmu bahawa engkau datang kepada aku kerana engkau perlukan Berkatku, Kuasaku untuk bantu engkau supaya engkau tak perlu menjadi orang-musang selama-lamanya. Itu aku boleh bantu engkau kerana engkau orang-musang yang sangat baik. Maksudku makhluk yang baik. Engkau bertaubat, ikhlas, rajin dan mematuhi Lima Rukun, bersih. Jadi dah tentu, aku bantu engkau. Aku sangat kasihi engkau. dan aku gembira dengan engkau gembira. Sekarang aku perlu buat kerja lain. Mungkin kita akan bercakap lagi. Kasih, kasih, kasih. Ingatlah akan TUHAN. Bersyukur kepada TUHAN setiap hari.”

Jadi saya pergi ke Rekod Akashic dan mendapat tahu tentang semua orang yang berkaitan dengan peperangan yang saya kenali. Sebenarnya tidak banyak. Di Âu Lạc (Vietnam), ada beberapa orang kerana saya berada pada masa perang Âu Lạc (Vietnam). Saya tinggal bersama bapa saudara saya untuk beberapa waktu. Dia seorang askar, saya rasa mejar, atau saya tak ingat dengan jelas – sekurang-kurangnya kapten. Kerana dia merupakan ketua klinik kecemasan untuk merawat askar yang tercedera dalam peperangan. Dia dan orangnya di dalam klinik itu merawat askar yang tercedera dalam kes kecemasan, seperti pertolongan cemas dan cedera ringan yang dapat diuruskannya. Tetapi jika askar cedera parah sikit, maka selepas rawatan kecemasan pertama, dia akan memanggil helikopter dan hantar askar itu ke hospital yang lebih besar, lebih sesuai di tempat lain.

Meskipun kadangkala kononnya musuh, Việt Cộng (Komunis), juga tercedera dan mereka menangkap mereka, dia juga merawat mereka dengan baik hati, elok. Mereka semua, bapa saudara saya dan kakitangan perubatan yang bekerja bersama dia di klinik itu merawat mereka dengan baik hati seolah-olah mereka ialah saudara sendiri. Saya tak pernah lihat kebencian, rasa geram, penolakan atau apa-apa yang negatif daripada bapa saudara saya dan orangnya pada masa itu di klinik itu terhadap mana-mana askar daripada pihak lawan peperangan di Âu Lạc (Vietnam) pada masa itu.

Saya memang banyak membantu. Maksud saya bagi seorang remaja, itu adalah banyak bagi saya, seperti apabila terdapat bukan sahaja satu askar tetapi lebih daripada satu, beberapa orang. Bapa saudara saya juga memanggil saya masuk, dan mungkin satu atau dua orang remaja yang lain. Sesetengahnya tinggal di klinik itu sebagai ahli keluarga orangnya, dan sesetengahnya tinggal berdekatan. Jadi dia minta mereka datang, dan saya juga, untuk bantu. Jadi kami cuci luka dengan, saya rasa, sesuatu jenis cecair, cecair dari botol, apa yang mereka panggil hidro-oksigen (hidrogen peroksida) atau sesuatu. Itu untuk penyahjangkitan. Kemudian kami mengeluarkan serpihan, apa-apa saja yang boleh, daripada peluru atau kotoran di sekitar tempat mereka bertempur, atau apa-apa saja yang masuk ke dalam luka dan tersangkut di sana. Jadi kami gunakan peralatan khas, peralatan disteril dan mengeluarkannya sebanyak yang boleh.

Apabila kami lihat ia bersih sepenuhnya, kami balut luka itu. Apabila mereka dah sedia, kami mengangkat mereka, saya dan remaja seusia saya… Saya berada di… Saya tak ingat. Lebih kurang tahun terakhir sekolah menengah rendah, jadi saya masih remaja. Jadi saya dan seorang lagi remaja mengangkat askar tercedera yang sudah bersih dan berbalut – mengangkat mereka di atas usung, bawa mereka ke padang taman belakang yg rata sepenuhnya dan ada rumput saja, tempat helikopter mendarat. Itu apa yang kami lakukan.

Saya lihat begitu banyak askar tercedera dan keadaan yang sangat teruk yang terpaksa mereka tahan disebabkan peperangan di sesuatu tempat di kawasan sekitar yang dekat di mana mereka bertempur dengan pihak lawan peperangan, kononnya musuh. Jadi salah seorang askar ini ada lebih banyak hubungan dengan saya. Itu bagaimana dia minta bantuan saya. Tetapi sebenarnya dia tak begitu suka berperang, cuma dia dihantar ke unit tempur, sesuatu jenis kumpulan tempur atau batalion. Jadi dia lebih atau kurang sangat agresif dan bunuh lebih banyak orang daripada yang diingininya. Kemudian oleh sebab salah seorang rakannya mati dalam peperangan dengan cara yang kejam, dia membalas dendam untuknya. Dia menjadi lebih agresif, membunuh tanpa rasa sesal. Jadi dia terpaksa pergi ke neraka. Mujurlah, saya lebih mengenali dia, jadi saya dapat banyak membantu dia.

Macam mana pun, dia diselamatkan dari neraka setelah saya mendapat tahu siapa dia. Jadi saya boleh suruh pengawal neraka buka pintu dan biarkan dia keluar. Jadi saya bawa dia ke zon perang yang lebih kecil. Dia perlu berada di sana sebagai mangsa perang – dikejar, diganggu, dibuli, dicederakan di sana sini, mana-mana saja – bagi melangsaikan karmanya dan mendapat pengajaran pahit daripada tidak pemurah dalam hati, untuk belajar bahawa balas dendam bukan cara utk menamatkan peperangan tetapi kasih sayang, belas kasihan, simpati terhadap pihak lawan peperangan, bermakna kononnya musuh. Itu apa yang akan dibuatnya sehingga semua karmanya dibersihkan, kemudian dia boleh dilahirkan sebagai manusia semula dalam kehidupan normal. Baiklah, semoga dia selamat berjaya dan ucapkan selamat jalan kepada dia. Tetapi saya ada mengajar dia cara mudah untuk bermeditasi dan beritahu dia bahawa dia perlu jadi vegan, perlu bertaubat dan bersyukur kepada TUHAN setiap hari ingat akan TUHAN pada setiap masa. Maka dia akan lebih banyak diberkati dan karmanya dengan itu akan lebih banyak dibersihkan dengan cara yang lebih pantas.

Oh! Seperkara lagi, dengan ini saya secara ikhlas ucapkan terima kasih kepada Wanita Pertama Amerika Syarikat, isteri Presiden Donald Trump, atas usaha dan peranannya dalam membawa keamanan kepada rakyat Ureign (Ukraine) dan membolehkan mereka melepaskan diri dari zon kawalan dan dipindahkan ke tempat lain di mana mereka boleh mendapat makanan minuman dan rawatan perubatan seperti yang sewajarnya, dan melepaskan diri dari zon yg diduduki di mana mereka kelaparan, tiada elektrik elektrik, tiada air minum yang bersih dan lain-lain, dan tiada bekalan perubatan untuk bantu kecederaan atau penyakit mereka. Dengan Nama TUHAN, atas nama keamanan, dengan nama rakyat Ureign (Ukraine), saya ucapkan terima kasih kepada puan, secara peribadi. Semoga puan banyak diberkati oleh TUHAN atas perbuatan terpuji ini.

Semoga puan bahagia, sihat dan meneruskan perkahwinan yang bahagia bersama suamimu, Presiden Trump, dan keluarga, anakmu. Anakmu, begitu kacak, begitu kacak. Dia mengambil segala sifat terbaik daripada kalian, Wanita Pertama Melania dan Presiden Trump. Semoga perkahwinanmu sentiasa bahagia, damai dan romantik. Juga, semoga puan sentiasa cantik, sangat cantik, seperti dirimu, dan kekal awet muda selama-lamanya. Semoga TUHAN berkati puan dan keluarga, semua orang tersayangmu. Puan begitu menakjubkan. Kami semua kasihi puan. Dunia kasihi puan dan rakyat Ureign (Ukraine) akan berterima kasih kepada puan selama-lamanya.

Lebih banyak bantulah dengan apa-apa saja cara yang boleh. Dunia akan sentiasa mengingati namamu. Suamimu akan lebih banyak kasihi puan daripada sebelumnya disebabkan itu! Teruslah ‘berdiri di sisi suamimu’. Beliau perlukan puan lebih daripada yg boleh puan bayangkan terutama sekarang apabila Beliau perlu hadapi begitu banyak tekanan dari semua belah! Terima kasih, puan. Wanita seperti puan adalah jarang dalam sifat mulia dan kecantikan, sukar nak cari. Semoga puan selamat berjaya. KASIH SAYANG TUHAN. Saya bersyukur kepada TUHAN. Dengan Nama TUHAN, semoga sejahtera, cantik, puan. Selamat tinggal buat masa ini.

Saya bersyukur kepada TUHAN Yang Maha Berkuasa atas segala berita positif yang menakjubkan ini. Kita berterima kasih kepada semua orang, dengan Nama TUHAN, kerana bawa keamanan di dunia walaupun hanya sebahagian kecil pd satu-satu masa. Ia perlu bermula di sesuatu tempat dan keamanan telah bermula dengan baik, positif. Kami ucapkan terima kasih kepada kalian atas segala usaha dalam misi yang begitu susah dan mencabar untuk berunding dan merapatkan persefahaman antara negara-negara yang berperang. Semoga TUHAN sentiasa berkati kalian, sentiasa kasihi kalian, sentiasa melindungi kalian dan semoga kalian malah mengetahuinya, nampaknya atau rasainya. Amin.

Syukur kepada Engkau, kami semua syukur kpd Engkau, MAPA yang dikasihi, Ibu Bapa yang PALING Berkuasa di seluruh Alam Semesta. Kami cintai Engkau, TUANKU, dan aku masih cuba sedaya upaya untuk bawa orang keluar dari neraka atau hentikan mereka drpd pergi ke neraka dengan segala usaha dan kuasaku yang ditampung oleh Rahmat-Mu. Kami syukur kpd Engkau selama-lamanya Kami amat bersyukur kepada Engkau. TUANKU. Semoga Engkau sejahtera dan ceria. Semoga anak-anak-Mu membuat Engkau bangga dengan adab yang baik dan cara hidup yang mulia, berbelas kasihan. Semoga mereka semua menjadi vegan sebagaimana yang sifat TUHAN berbelas kasihan semula jadi-Mu inginkan Amin. Kami cintai Engkau, TUANKU. Kami bersyukur kpd Engkau, TUANKU. Kami bersujud di kaki-Mu dengan rasa syukur, TUANKU.

Photo Caption: “Bersedia untuk Berserah kepada TUHAN Yang Megah”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (2/3)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-08
2799 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-09
2145 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-09
2140 Tontonan
Filem Pendek
2026-11-09
1187 Tontonan
Filem Pendek
2026-11-09
1103 Tontonan
Filem Pendek
2026-11-09
1330 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-08
1724 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-08
1032 Tontonan
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2026-11-08
2700 Tontonan
Veganisme: Cara Hidup Mulia
2026-11-08
1184 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-08
2799 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun